Amanah Tanah Merah agih jamuan raya pada 200 asnaf

Amanah Tanah Merah agih jamuan raya pada 200 asnaf

Perayaan Aidilfitri tahun ini disambut ketika negara melaksanakan PKP/PKPB/PKPP akibat penularan wabak Covid 19 dan sebarang majlis keraian tidak dapat diadakan.

Justeru itu, Parti AMANAH Negara Kawasan Tanah Merah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri 1441H dengan cara yang istimewa iaitu menyerahkan talam nasi arab melalui setiap AJK Kawasan untuk diagihkan kepada 200 keluarga golongan asnaf/yang kurang berkemampuan terdiri pelbagai kaum (Melayu/Cina/Siam/India) meliputi ketiga DUN dalam Parlimen Tanah Merah.

Inisiatif yang diambil oleh AMANAH Kawasan Tanah Merah ini bagi memberi peluang kepada golongan asnaf/kurang berkemampuan turut merasai kemeriahan Aidilfitri.

Majlis penyerahan talam nasi arab oleh Ketua AMANAH Kawasan kepada setiap AJK Kawasan diadakan di kediaman Ketua Komunikasi Kawasan pada hari ini 12 Jun 2020 bermula 10.00 pagi.

Semoga program ini diberkati ALLAH SWT dan memberi kegembiraan kepada penerima.

UNIT KOMUNIKASI AMANAH KAWASAN TANAH MERAH

Sumber :