Amaran ribut petir landa 7 negeri, negeri no.2 ada sejarah banjir besar

Oleh ISMAIL YAHYA

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri pada petang ini sehingga jam 7 malam.

Menurut kenyataan tersebut, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sabah.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Kelantan adalah di kawasan Jeli dan Tanah Merah.

“Bagi Pahang, empat daerah dijangka mengalami cuaca buruk iaitu Lipis, Raub, Bentong, dan Temerloh.

“Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin di Negeri Sembilan serta Jasin di Melaka turut tersenarai dalam amaran ini.

Amaran ribut petir landa 7 negeri, negeri no.2 ada sejarah banjir besar

“Di sebelah selatan Semenanjung (Johor), lima daerah diramal mengalami cuaca buruk iaitu Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru,” menurut kenyataan MET Malaysia.

Sementara itu, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir untuk negeri Sabah, khususnya di kawasan Sandakan yang meliputi Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan.

BACA: Ini respon GISB selepas terpalit dengan dakwaan amang seksual dan cabul kanak-kanak