Amerika sudah suntik vaksin Covid-19 kepada satu juta rakyatnya

Amerika sudah suntik vaksin Covid-19 kepada satu juta rakyatnya

Lebih sejuta orang menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Amerika Syarikat, kata pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Robert Redfield.

“Amerika Syarikat merekodkan pencapaian awal penting apabila lebih sejuta orang dilaporkan sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak dimulakan 10 hari lalu,” katanya.

Dalam perbualan telefon, Moncef Slaoui, ketua penasihat Operation Warp Speed kerajaan berkata, objektif mengimunisasi 20 juta orang bulan ini bagaimanapun “tidak mungkin dapat dicapai.”

Namun, katanya, AS masih berusaha mengimunisasi 100 juta orang menjelang hujung suku pertama 2021, dan 100 juta lagi pada akhir suku kedua.

Tiga juta dos diedarkan minggu lalu di sekitar AS, dengan vaksin pertama diluluskan, keluaran Pfizer dan BioNTech, diberikan pada 14 Dis.

Minggu ini, pihak berkuasa menyasarkan mengedarkan enam juta dos vaksin keluaran Moderna, selain dua juta lagi keluaran Pfizer.

AS adalah negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 di dunia tambahan pula musim sejuk yang ekstrem.

Lebih 320,000 orang maut akibat virus berkenaan, yang dipercayai akan direkodkan sebagai punca utama kematian pada 2020 selepas penyakit jantung dan kanesr.

Penduduk rumah jagaan jangka panjang dan pekerja kesihatan diberi keutamaan, manakala fasa kedua menyasarkan golongan berusia 75 ke atas serta pekerja kritikal.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2020/12/24/sejuta-orang-amerika-disuntik-vaksin/