Amitabh Bachchan sebut nama Anwar Ibrahim dalam ‘Who wants to be a millionaire India’. Rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ merupakan satu ‘game show’ yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Malaysia dan sebenarnya rancangan tersebut mula diperkenalkan di Amerika Syarikat.
Bukan sahaja Malaysia tetapi terdapat negara lain yang turut perkenalkan ‘game show’ ini. Bagi anda yang tidak tahu, rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ ini membolehkan peserta mendapat wang tunai dengan menjawab soalan.
Terbaharu, dalam rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ di India, soalan yang diajukan kepada peserta adalah berkaitan perdana menteri kita, Anwar Ibrahim.
Better quality pic.twitter.com/CjixFWFRls
— Aerodynamic41 (@Aerodynamic41) December 26, 2022
Menerusi sedutan video rancangan tersebut, dapat dilihat peserta ditanya negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022 dan peserta berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan jika soalan berkaitan tentang politik Malaysia dimasukkan, pasti peserta itu sukar mahu menjawabnya kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa beberapa tahun ini.
Susulan itu, ada juga yang berasa kagum dan segelintir netizen turut mengatakan ia perkara biasa untuk ditanya kerana berkaitan pengetahuan AM. Ada juga netizen tertanya-tanya kenapa sudah tiada rancangan ini di Malaysia.