Ibu bapa perlu sedar minat anak itu berbeza-beza, jangan terlalu memaksa untuk berada dalam bidang yang tidak mereka suka.
Ditambah pula dengan zaman moden ini, ada banyak pelajar yang memilih untuk menamatkan nyawa sendiri kerana gagal dalam bidang yang dipilih ibu bapa.
Seorang wanita terkedu apabila suami menggelar dirinya perosak selepas anak sulungnya meluahkan hasrat untuk tidak ke sekolah agama.
Saya tak tahu besar sangat ke salah aku sampai suami cakap dia tak reda dekat saya, cakap sayaperosak anak sendiri.
Ini semua punca daripada pertengkaran mengenai anak sulung, suami nak dia masuk ke Maktab Rendah Sains Mara aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Saya kenal anak saya jadi saya tak setuju sebab dia agak perlahan dalam bab hafazan jika nak dibandingankan dengan adik-adik yang lain.
Tapi dia selamba cakap “ang (kau) nak hidup berapa lama dekat atas dunia”, akhirnya dia pujuk anak kami dengan tunjuk video anak yatim.
Saya tetap sokong keputusan anak, tetap doakan dia dan nasihat anak untuk rajin hafal bagi mudahkan urusan semasa temuduga nanti.
Anak pilih untuk ikut cakap suami sebab tak mahu kami dua bergaduh jadi saya serah sepenuhnya kepada suami bab agama, hukum tajwid semua.
Boleh pula suami cakap yang kami berdua kena sokong dan ajar anak. Dia nampak saya sebagai rumah sahaja sedangkan saya sangat penat.
Anak semua saya yang ajat, kerja sekolah saya pantau, anak pra pun saya kena ajar mengeja, bila minta tolong suami, macam-macam alasan dia bagi untuk tak bantu.
Berbalik kepada anak sulung tadi, saya isikan borang untuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebab dia tak nak sekolah agama kerana tak minat.
Bila suami tanya, saya maklum saya isi SBP aliran biasa sebab itu permintaan anak, terus dia cakap saya perosak anak.
“Aku tak reda dengan ang. Kalau anak dapat tawaran SBP tu aku tak reda. Ang urus semua sendiri”.
Dalam hati saya fikir bertolak ansurlah, saya ni ibu tak kan saya tak ada hak langsung, suami siap persoal anak sekolah sains ni nak tunjuk dekat siapa, saya tahu dia tuju dekat mak bapa saya.
Kalau orang tengok dia sekali pandang mesti tak sangka, saya akui suami memang pandai bab agama tapi kenapa dia selalu sumpah saya.
Baca juga: Aniq Kasdan gagal peroleh gangsa kerana kurang 1kg, pengurus pasukan letak jawatan