Anak dapat peluang kemas rumah ‘parent’ ada penyakit suka simpan barang terpakai sekali ini yang jadi

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“Ayat ‘Jangan buang, nanti boleh guna’ sering berkumandang dari individu yang mengalami Hoarding Disorder,

suka menyimpan barang berlebihan walaupun sebenarnya objek-objek tersebut hanya menjadi sampah dalam rumah.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @Aainaa Nordin mendedahkan projek kemasan rahsia yang dijalankan oleh adik-beradik dan juga biras-biras mereka.

Anak dapat peluang kemas rumah 'parent' ada penyakit suka simpan barang terpakai sekali ini yang jadi

Pada masa yang sama, ibu bapa mereka sedang menunaikan umrah, memberikan peluang kepada keluarga untuk membersihkan barang-barang tidak berguna yang telah lama tersimpan dalam rumah.

Dalam rakaman video, pelbagai barang memenuhi dapur mereka, terutamanya bekas makanan dalam pelbagai saiz dan warna.

@aainaa.nordinPOV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎

♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter

Setelah kemasan selesai, mereka turut melukis dinding rumah, memberikan sentuhan baharu yang lebih menyegarkan kepada kediaman tersebut.

Melalui komen-komen, ramai netizen mengakui bahawa ibu bapa mereka juga mengalami tabiat serupa

@aainaa.nordinApa itu minimalist?? Mak Ayah siapa macam ni jugak? 🤭 Jangan kata tak tolong kemas. Kemas confirm kena marah 😅

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

. Walaupun niat membersihkan rumah adalah baik, beberapa di antara mereka mendapati bahawa ibu bapa mereka tidak berpuas hati dan marah apabila barang-barang lama dibuang.”

BACA: “Patutlah suami suka beli patung anime, gugur jantung bila tengok isi kotak mainan dia”