Anak Hamid Gurkha dakwa penerbit buat senyap tak bayar baki gaji lepas ayahnya meninggal dunia

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa masih menanti wang berjumlah RM10,000 daripada Astro yang tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang.

Menerusi laporan Harian Metro, anak ketujuh pelawak itu iaitu Nor Azian berkata bapanya diberikan

Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.

Anak Hamid Gurkha dakwa penerbit buat senyap tak bayar baki gaji lepas ayahnya meninggal dunia

Menurutnya, mereka menantikan wang tersebut masuk namun sehingga bapanya meninggal masih belum diterima sehingga terlupa mengenai wang berkenaan.

“Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.

“Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja.” katanya.

Tambahnya, dia telah menghubungi pihak produksi tersebut kembali dan dimaklumkan bahawa wang terbabit difaraid kerana sudah menjadi pusaka.

Difahamkan, mereka adik beradik tidak bercadang untuk mengambil duit itu sebaliknya ingin memberi wang berkenaan kepada emak sebagai tanda kasih sayang.

Isu berlanjutan apabila pihak penerbitan tersebut hanya berdiam diri dan kemudian mengarahkan keluarga arwah untuk melantik peguam untuk urusan tuntutan wang berkenaan.

“Kami bukan orang berada untuk bayar kos peguam. Kami akan anggap sagu hati yang nak diberikan itu hanya kata-kata. Ia macam tak ikhlas nak bagi.” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dan akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat.

BACA: “Malam lepas nikah, isteri tiba-tiba nak buat benda ni malam tu, berani dia minta sampai mak abah pun sakit kepala dengan peel dia”