Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Ustad Hj Abd Jaliludin Bin Hj Abd Wahid telah meninggal dunia sebentar tadi.
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tuan Guru Haji Jalaluddin Abdul Wahid ( 1937 – Kini )Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Jalaluddin Bin Haji Abdul Wahid
Dan beliau dilahirkan pada tahun 1937 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka.
Ayahnya yang terkenal dengan panggilan Mu’alim Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang adalah merupakan seorang tokoh ulama tersohor di negeri Melaka. Ayahnya juga merupakan salah seorang anak Melaka yang menjadi murid Tok Kenali.
Tuan Guru Haji Jalaluddin mendapat pendidikan awal daripada ayahnya selama beberapa tahun. Setelah itu beliau menyambung pengajianny di Universiti Baghdad, Iraq sekitar tahun 1960 an.
Diantara gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang – Ayah
2. Syeikh Muhammad Mahmud Assawaf – Pengasas Ikhwan Iraq
3. Syeikh Amjad al-Zahawi
Sahabatnya ketika menuntut ilmu ialah :
1. Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kasa
2. Ustaz Dahlan Bin Muhammada Zain (bekas Pengerusi ABIM Perlis)
3. Ustaz Abdul Rahim Bin Muhammad Zain (Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya)
4. Tuan Guru Haji Muhammad Daud Iraqi (Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
5. Ustaz Hasbullah Kasban (Bekas pensyarah Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia)
6. Ustaz Isamuddin Bin Haji Ahmad (Bekas ahli perniagaan dan abang kepada mantan Datuk Mufti negeri Kedah Syeikh Badruddin Haji Ahmad)
7. Ustaz Abdul Halim Bin Yahya (Bekas pegawai agama di ibu pejabat Felda)
8. Tuan Guru Haji Hassan Shukri (Bekas Naib Presiden Parti PAS)
9. Tuan Guru Hashim Jasin (Mursyidul Am parti PAS sekarang ini)
10. Syeikh Azmi Bin Haji Ahmad (Bekas Ketua Hakim Syarie & Mufti Pulau Pinang)
Setelah selesai menuntut ilmu, Tuan Guru Haji Jalaluddin pulang ke tanah air Pada tahun 1970 an dan berkhidmat sebagai penterjemah didalam bahagian penyiaran dan penterjemahan radio luar negeri di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selepas itu, ayahnya memanggil beliau pulang ke kampung halaman agar dapat membantunya menguruskan pondok Madrasah an-Nuriah yang telah didirikan
sekitar tahun 1940an. Atas sifat taatnya pada ayah, Tuan Guru Haji Jalaluddin terus membakar sijil-sijil pengajian beliau kerana ingin menumpukan terus pada pengajaran di pondok. Begitulah kuatnya pergantungan Tuan Guru Haji Jalalauddin kepada Allah Taala.
Selepas kewafatan Tuan Guru Haji Abdul Wahid pada tahun 1990, beliau seterusnya menjadi mudir Madrasah an-Nuriah pada tahun 1992.
Diantara jawatan yang pernah disandang beliau ialah :
1. Pesuruhjaya PAS Melaka – Pesuruhjaya paling lama menyandang jawatan tersebut
2. Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
Diantara kurniaan yang beliau perolehi ialah Tokoh Ulama Mithali 2017.
Seperti ayahnya, Tuan Guru Haji Jalaluddin juga dianugerahi Allah Taala pelbagai karomah. Antara yang pernah dikisahkankan ialah, pada suatu hari ketika beliau sedang berkuliah, datang seorang lelaki membaling telur tembelang ke arahnya. Anehnya belum sempat telur itu kena ke muka Tuan Guru, ianya telah berpatah balik lalu kena tepat pada muka lelaki tersebut. Alhamdulillah, kisah ini diceritakan oleh lelaki itu sendiri dan kini dia pun telah berhijrah menjadi lebih baik.
Kini Tuan Guru Haji Jalaluddin berusia 83 tahun dan menetap di hadapan Madrasah an-Nuriah, Sungai Udang, Melaka.
BACA: “Aku ingat selama ini suami yang boros, rupanya duit dia banyak habis dekat mak dia!”