Anak Kesal Akaun FB Guna Nama Allahyarham Fadzil Nor Sebar Fitnah

Anak Allahyarham Dato Fadzil Nor, YB Faiz Fadzil menzahirkan kekesalan diatas sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu menggunakan profil FB Almarhum Dato Fadzil Nor dan membuat posting berupa fitnah.

Berikut kenyataan YB Faiz Fadzil :

Harap maklum bahawa akaun facebook Allahyarham Ustaz Dato’ Haji Fadzil Bin Mohd Noor ini adalah AKAUN FACEBOOK *PALSU* yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab. Gambar profile jelas merujuk kepada Almarhum Fadzil Noor bekas Presiden Pas yang juga bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Nama akaun pun Allahyarham bermaksud akaun ini bukan milik Almarhum Fadzil Noor kerana beliau telah meninggal. Malahan, Almarhum Fadzil Noor meninggal sebelum facebook wujud. Maka, akaun facebook ini definitely bukan milik Almarhum Fadzil Noor. Kepada admin facebook palsu ini, sila tarik balik akaun facebook ini atau berhadapan tindakan undang-undang. Kepada rakan-rakan semua, pohon laporkan beramai-ramai kepada pihak facebook untuk akaun facebook palsu ini ditutup.

JANGAN SALAH GUNA NAMA ORANG YANG MENINGGAL UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MURAHAN.

TULISAN DALAM FACEBOOK INI BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR FITNAH DAN PROVOKASI YANG BOLEH MEMBERIKAN KESAN DAN IMEJ TIDAK BAIK KEPADA ALMARHUM FADZIL NOOR.