Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak ‘claim’ 50 peratus

Oleh GEMILANGDAILY

Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak ‘claim’ 50 peratus. Keterujaan seorang anak muda untuk melanjutkan pelajaran terbantut apabila ibunya meminta separuh daripada bantuan baitulmal yang bakal diterima.

Menerusi khidmat direct message (DM) pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, pelajar tersebut berkongsi bahawa ibunya tumpang gembira apabila dia menerima tawaran sambung belajar.

Namun, tanpa bertimbang rasa, si ibu meminta pengadu untuk menyerahkan seperdua daripada bantuan baitulmal negeri yang dipohonnya iaitu sebanyak RM4000.

Hal ini kerana menurut si ibu, pengadu perlu membalas budi dan jasa baiknya yang sudah mengeluarkan modal dalam urusan salinan photostat.

Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak 'claim' 50 peratus

Pengadu yang gusar itu bertindak menghantar DM kepada Fedtri yang mempunyai pengikut yang ramai dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

“Assalamualaikum saya nak luah yang saya dapat sambung belajar minggu hadapan. Dapat diploma. Mak saya paling semangat dan happy sebab nak mohon bantuan baitulmal negeri sebanyak RM4000.

Anak mohon baitulmal nak sambung belajar, ibu pula nak 'claim' 50 peratus

“Tetapi mak saya suruh bagi dia sebanyak RM2000 atau RM2500 sebab dia yang penat susah ulang alik photostat barang dan habis duit photostat?,” luahnya.

Takut digelar anak derhaka, pengadu keliru samada dia wajib memenuhi permintaan ibunya itu kerana seumur hidupnya, pengadu ditanggung oleh saudara mara.

Bakal pelajar peringkat diploma itu turut mengajukan soalan mengenai pasaran komputer riba yang murah dan mampu milik bagi dibeli menggunakan baki bantuan yang diambil ibunya.

Selain berkongsi simpati dan memberi panduan pembelian komputer riba mampu milik, terdapat pengguna media sosial yang meninggalkan komen bernas bahawa anak itu adalah tanggungjawab dan bukanlan pelan kewangan kecemasan.

BACA:

Pelajar tahfiz didakwa pukul sampai mati lelaki sakit mental

“Dah mandi sebab nak pergi kedai RM2 dengan papa, ibu tanya mana papa, dia jawab papa kat kubur..terus dia nangis..”