Anda mampu jadi pemilik kerusi ‘business class’ dengan harga serendah RM350

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Anda mampu jadi pemilik kerusi ‘business class’ dengan harga serendah RM350 business class flights ,ets business class ,emirates business class ,malaysia airlines business class ,qatar airways business class ,singapore airlines business class ,mas business class ,qatar business class ,turkish airlines business class [/bg_collapse]

 

Perjalanan di udara di atas kerusi empuk kelas perniagaan sememangnya menjadi idaman kebanyakan pengguna. Bagaimanapun, dek harganya yang mencecah 3 kali lebih mahal berbanding kelas ekonomi, membuatkan ramai terpaksa memendam perasaaan dan kematu di kerusi ekonomi, asalkan tiba ke destinasi.

Tetapi anda berpeluang untuk duduk di kerusi perniagaan seumur hidup, menerusi tawaran peniaga di kakilelong.com. Mereka kini menjual kerusi pesawat Boeing 747, kepada yang berminat untuk membawanya pulang ke rumah. Bukan tiket untuk duduk di kerusi dalam pesawat, tetapi kerusi itu sendiri.

Dalam muat naik iklan di Facebook, kakilelong.com menawarkan kerusi kelas perniagaan dan kelas ekonomi, dari RM350. Maknanya, kerusi ekonomi dari RM350, kerusi perniagaan pasti lagi mahal. Stok kerusi pesawat ini terdapat di cawangan kakilelong.com di Puchong, jadi mereka yang berminat boleh datang sendiri untuk melihat dengan lebih dekat keadaan kerusi tersebut.

Anda mampu jadi pemilik kerusi business class dengan harga serendah RM350 business class flights ets business class emirates business class malaysia airlines business class qatar airways business class singapore airlines business class mas business class qatar business class turkish airlines business class

Anda juga boleh menghubungi kakilelong.com untuk bertanya terlebih dahulu tentang tawaran ini, di talian +60 (019) 232 1717 atau menerusi WhatsApp. Mereka juga menyediakan pautan ke laman web kakilelong.com untuk maklumat lanjut.

Kami ada cuba menghantar mesej kepada kakilelong.com menerusi nombor yang diberikan, tetapi tiada balasan. Dari gambar yang dimuat naik, kerusi tersebut seperti berpasangan dan berkumpulan. Ia juga kelihatan sangat lusuh, tetapi fabriknya kelihatan masih terjaga dan tidak koyak.

Jualan kerusi pesawat ini jauh berbeza dengan jualan beg tangan MAS, yang diperbuat daripada bahan kitar semula pesawat Malaysia Airlines. Ia menggunapakai kulit kerusi, tali pinggang, alas meja, jaket keselamatan dan banyak lagi untuk dihasilkan menjadi beg tangan eksklusif.

Bukan senang nak duduk di kerusi pesawat dalam masa yang lama di atas tanah, melainkan dengan memilikinya sendiri. Kalau anda berminat, boleh hubungi kakilelong.com untuk bertanya lebih lanjut.

BACA JUGA: RXZ tular harga RM70 ribu, pemilik dedah cerita sebenar

JPJ dilapor cadang guna RFID pada nombor plat dan road tax

Ini 5 peralatan yang mungkin jadi punca bil elektrik anda melambung tinggi

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)