Anda peminat restoran mamak? Ini 5 cara nak tahu restoran itu milik muslim atau tak

Oleh ISMAIL YAHYA

Restoran mamak sering menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk menjamu selera kerana kepelbagaian menu yang ditawarkan.

Selain harga makanan yang berpatutan, restoran mamak juga menjadi tempat pilihan khususnya

untuk golongan lelaki yang suka ‘melepak’, terutamanya kerana ia dibuka 24 jam.

Namun, bagi mereka yang beragama Islam, adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa tidak semua restoran mamak dimiliki oleh Muslim.

Ada yang dimiliki oleh bukan Muslim, dan ini boleh menimbulkan keraguan

Anda peminat restoran mamak? Ini 5 cara nak tahu restoran itu milik muslim atau tak

. Berikut adalah beberapa cara untuk mengenalpasti sama ada restoran mamak itu dimiliki oleh Muslim atau tidak.

5 CARA UNTUK TAHU RESTORAN MAMAK MUSLIM ATAU BUKAN

Saya ingin berkongsi beberapa tips yang telah saya pelajari dan diuji sendiri untuk mengenalpasti restoran mamak Muslim. Berikut adalah caranya:

1. Perhatikan Hari Deepavali

Salah satu cara yang paling mudah untuk membezakan restoran mamak Muslim adalah ketika cuti Deepavali. Jika restoran tersebut ditutup semasa Deepavali, ada kemungkinan besar restoran itu dimiliki atau dijalankan oleh pekerja beragama Hindu. Ini kerana, pekerja Hindu biasanya akan bercuti pada hari tersebut.

Saya pernah lakukan kajian mini di sekitar Gombak semasa Deepavali dan mendapati beberapa restoran mamak tutup pada hari tersebut.

2. Periksa Menu Daging Lembu

Restoran mamak Muslim biasanya akan menyajikan hidangan berasaskan daging lembu. Restoran mamak yang pekerjanya beragama Hindu selalunya tidak menyediakan hidangan lembu kerana lembu adalah haiwan suci bagi penganut Hindu.

Jika restoran tersebut tidak menawarkan daging lembu, anda boleh bertanya sebabnya dan perhatikan jawapan yang diberikan. Jika mereka kelihatan tidak yakin, mungkin ada sebab untuk berhati-hati.

3. Ucapkan Salam “Assalamualaikum”

Cara yang paling mudah adalah memberi salam “Assalamualaikum” kepada pekerja atau pemilik restoran. Jika mereka tergagap atau kelihatan tidak selesa ketika menjawab salam, itu mungkin petanda bahawa mereka bukan Muslim. S

aya pernah mencuba kaedah ini beberapa kali, dan jika jawapan mereka tidak meyakinkan, saya terus meninggalkan restoran tersebut.

4. Restoran Ditutup Ketika Solat Jumaat

Restoran mamak Muslim biasanya akan ditutup atau pekerja-pekerjanya akan keluar menunaikan solat Jumaat. Ada juga restoran yang menyediakan surau kecil untuk pelanggan Muslim.

Namun, jika restoran itu masih beroperasi ketika waktu solat Jumaat, ini boleh menjadi tanda bahawa pekerja atau pemiliknya bukan Muslim.

5. Hiasan Poster dan Gambar Tulisan Jawi

Jangan mudah terpedaya dengan hiasan seperti poster bertulisan Jawi, gambar masjid, atau gambar Mekah yang tergantung di restoran. Ini sering dijadikan taktik untuk menarik pelanggan Muslim.

Ada kes di mana restoran diserbu kerana menggunakan ayat al-Quran yang salah dan hanya dua orang pekerjanya beragama Islam, daripada keseluruhan 23 pekerja.

Nota Akhir

Terdapat kisah lama yang menyebut bahawa pada zaman perang di Pakistan, orang akan memeriksa secara fizikal untuk mengenalpasti agama seseorang. Namun, kita harap JAKIM tidak menggunakan cara ini di Malaysia, kerana itu tentunya sangat menakutkan!

BACA: Jawatan kosong, hanya ajar budak 8 tahun subjek English, ditawar gaji RM19,000