Andika Putera ugut bekas Isteri nak sebar video ‘Projek bersama’

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Pempengaruh media sosial dan bekas isteri Andika Putera, Ananda Natasha, mendedahkan bahawa dia

telah menerima mesej ugutan daripada bekas suaminya yang mengancam untuk menyebarkan video intim mereka di media sosial.

Andika Ugut Sebar Video Intim

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Tasha, Natasha menjelaskan bahawa ugutan tersebut

Bermula selepas dia meminta Andika untuk melunaskan hutang sebanyak RM600.

Andika Putera ugut bekas Isteri nak sebar video ‘Projek bersama’

“Saya senang je. Awak ugut saya, lepas saya bayar hutang. Video *** awak, ada je lagi.

Saya viralkan nanti, video tu nampak muka awak je, tak nampak saya,” katanya.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai, dengan akaun Instagram Andika dipenuhi komen kecaman kerana tindakannya yang dianggap jijik dan tidak bermoral.

Netizen berpendapat Andika tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia melibatkan privasi dan membuka aib kedua-dua pihak.

BACA: Orang Melayu terkaya negara dedah rahsia cepat kaya yang ramai tak mampu ikut