Angka 108 vs 111 bakal expired !!!

Angka 108 vs 111 bakal expired !!!

Angka 108 vs 111.

Jika PRU15 dijangka sebelum Julai 2021, maka ada berberapa bulan sahaja lagi.

Jika itu sahaja time frame yang ada. semua angka tu hanya laku gadai dalam tempoh itu sahaja.

Adakah angka 108 dan 111 itu akan kekal atau bertambah atau makin berkurang ? Ia bergantung kepada keputusan politik sekarang.

Samada nak ambil biawak hidup bersama-sama yang telah terbukti khianat ataupun rapatkan saf bersama sama rakan seperjuangan sejak dulu lagi.

Nak gabung parti mana pun. Kena analisis mood ahli, pengundi, rakyat semasa mereka NAK APA? Paling penting sekali survivor parti pada masa depan. Sebabnya tempoh pilihanraya dah sangat dekat.

Sebut sahaja Pilihanraya, nak kepada Jentera iaitu ahli dan Pengundi iaitu rakyat yang sudah mendaftar sebagai pengundi. Selain dari kewangan, tokoh, mobilisasi isu, kerja kerja rutin.

Jika mereka menolak individu A, ataupun parti B, ia sudah jadi beban jika nak bawa juga. Sebaiknya elakkan.

Masa untuk jijak dibumi nyata.

Ramaikan kawan, tidak bermaksud ketepikan kawan lama dengan cari kawan baru. Tapi andaikata dengan ajak kawan baru, tapi kawan lama makin menjauhkan diri itu keputusan tidak tepat. Elakkan.

Yang paling ideal, ajak kawan baru, kawan lama pun suka itu yang terbaik.

Perkara 11 aku doakan waktu subuh ini semoga berjaya, jika tak berjaya harap perkara 10 dijadikan sandaran. Sekian.

Sumber :