“Sudah beberapa hari pasar raya itu tidak beroperasi, dan kami tidak pasti sama ada masih ada pekerja di dalamnya.
“Ada penduduk yang melihat beberapa individu mengangkut barang ke atas sebuah lori pada waktu malam,”
kata seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Rosdi, 42, mengenai Ikhwan Mart di Jalan Dato Ismail Hashim,
Sungai Ara, yang dipercayai berkait dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Rosdi menambah, premis itu juga mempunyai kedai makan di sebelahnya.
Beliau berkata, sejak isu GISBH dilaporkan di media, premis tersebut kurang menerima pengunjung sehingga ia ditutup beberapa hari lalu.
“Pasar raya ini memang menjadi pilihan penduduk kerana harga beberapa barangan yang ditawarkan lebih rendah, dan ia juga menjual barangan keluaran bumiputera.
“Saya berpindah ke penempatan ini enam tahun lalu, dan ketika itu premis ini sudah ada,” katanya ketika ditemui hari ini.
Tinjauan mendapati premis tersebut ditutup sepenuhnya dengan pintu yang dipasangkan rantai dan ‘ditandakan’ dengan kerusi.
Terdapat beberapa kotak barangan bertulis ‘Ikhwan’ yang ditinggalkan di kaki lima premis itu.
Sementara itu, tinjauan terhadap Ikhwan Cafe di Lebuh McNair, Georgetown, juga mendapati premis tersebut turut ditutup.
BACA: Lelaki buktikan raih jualan RM 100k dengan hanya jual teh atas basikal ditengah KL