Aniq Kasdan gagal peroleh gangsa kerana kurang 1kg, pengurus pasukan letak jawatan

Oleh ISMAIL YAHYA

Semalam, berlangsungnya penutupan acara sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, yang diadakan di Paris, Perancis.

Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat gangsa, kedua-duanya dari kem badminton.

Salah seorang atlet Malaysia yang hampir meraih pingat gangsa adalah Aniq Kasdan, yang bertanding dalam kategori angkat berat lelaki 61kg.

Terbaru, pengurus pasukan angkat berat, Amirul Hamizan, telah mengumumkan perletakan jawatannya

selepas menerima kritikan berhubung kekalahan Aniq Kasdan yang hanya kekurangan 1kg untuk mendapatkan pingat gangsa.

Aniq Kasdan gagal peroleh gangsa kerana kurang 1kg, pengurus pasukan letak jawatan

Menurut laporan New Straits Times, Amirul mengumumkan peletakan jawatannya selepas pulang dari Paris dan memaklumkan kepada Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat, mengenai keputusan tersebut sebelum Sukan Olimpik berlangsung.

“Saya telah menguruskan Aniq hampir setahun dan telah memberitahu Ayub bahawa saya mahu berehat. Ini juga memberi peluang kepada muka baharu untuk mengendalikan pasukan kebangsaan,” katanya.

Keputusan Amirul dibuat susulan tuduhan daripada jurulatih angkat berat negara, Sukri Anani, yang menyalahkan Amirul atas kegagalan Aniq meraih pingat dalam acara tersebut.

Sukri mendakwa campur tangan Amirul dalam menentukan berat yang cuba dilakukan oleh Aniq semasa pertandingan menyebabkan Malaysia gagal meraih pingat.

Dalam pada itu, Amirul mempertahankan strateginya dengan menjelaskan bahawa fokus mereka adalah untuk membatalkan ancaman daripada pemenang pingat perak Thailand, Theerapong Silachai.

BACA: Semua atlet dapat telefon pintar Samsung edisi Olimpik Paris, cuma ada 1 negara ini tak dapat