Antara mode pembayaran PayWave dengan Debit Kad mana lagi selamat? Ini jawapannya.
Pernahkah anda mengalami situasi di mana juruwang bertanya sama ada nak guna payWave atau pun pin kad debit ketika ingin membuat pembayaran di kaunter?
Jika anda memilih untuk membayar menggunakan pin kad debit, anda perlu memasukkan nombor pin kad debit bagi membuat transaksi pembayaran.
Namun sekiranya anda menggunakan payWave, juruwang hanya perlu mengimbas kad anda tanpa memerlukan pengesahan nombor pin.
Sejajar dengan peredaran zaman teknologi, dunia perbankan juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan beberapa perubahan dalam dunia perbankan.
Jika dahulunya anda mahu memindahkan wang dari akaun personal ke akaun orang lain, anda perlu pergi ke bank bagi memindahkan wang tersebut secara manual.
Namun kini, transaksi pemindahan wang boleh dilakukan melalui perbankan atas talian sahaja.
Begitu jugalah dengan transaksi pembayaran setiap kali berbelanja di pusat membeli-belah atau pasaraya. Anda boleh memilih payWave atau pin kad debit.
Jom lihat mana yang lebih selamat untuk digunakan.
1. Pengendalian
Image by Rudy and Peter Skitterians from Pixabay
Jika anda menggunakan payWave, juruwang hanya perlu mengimbas kad anda atas reader sahaja.
Sekiranya menggunakan pin, juruwang akan meminta anda untuk memasukkan nombor pin bagi pengesahan transaksi tersebut.
Oleh itu, daripada segi pengendalian, pin kad debit lebih selamat.
2. Had Maksima
Secara defaultnya, payWave hanya membenarkan had maksimum bagi transaksi sehingga RM250 sahaja. Namun, anda boleh membuat permintaan dengan bank untuk menetapkan jumlah had yang anda inginkan.
Bagi penggunaan pin kad debit, pengeluaran had maksima bagi transaksi harian adalah berjumlah sebanyak RM 5,000. Jika kita lihat daripada segi penggunaan had maksima, payWave lebih terjamin keselamatannya.
3. Akses
Photo by Norma Mortenson from Pexels
Bagi setiap transaksi yang menggunakan nombor pin, anda harus memasukkan nombor pin sebagai tanda persetujuan bagi transaksi yang dilakukan. Ini bermakna anda sendiri akan mengawal perbelanjaan.
Secara automatik, anda akan sedar bila anda berbelanja.
Manakala bagi penggunaan payWave pula, anda tidak dapat mengawal pengeluaran wang tersebut sekiranya anda menyerahkan kad anda kepada orang lain. Sesiapa sahaja boleh menggunakan kad tersebut tanpa kawalan.
Daripada segi akses pula, pin kad debit lebih selamat.
Pin Kad Debit Lebih Selamat
Di antara payWave atau pin kad debit, pin kad debit lebih selamat daripada segi pengendalian dan akses. Namun jika ditanya dari segi had maksima, kami lebih memilih payWave.
Tepuk dada tanya selera, pastikan anda tahu kelebihan dan kekurangan sebelum membuat pilihan nak guna yang mana satu.
BACA: “Saya dah kahwin, masa bertunang dengan suami aku mengandung anak ex BF sekali ini suami aku balas”
Hanya sebab nak solat, penyanyi terkenal ditahan pukul anak sampai lunyai