Antara telur dan ayam, mana satu yang keluar dahulu? Akhirnya pakar penyelidik dapat jawapannya.
Antara telur dan ayam, yang mana satu terlebih dahulu wujud? Telur dulu baru keluar ayam?
Atau ayam dulu baru keluar telur? Nampak senang, tapi inilah soalan yang sukar nak dijawab.
Pertikaian sama ada ayam atau telur yang wujud terlebih dahulu telah menjadi persoalan yang ilmiah kepada manusia sejak berabad-abad lamanya.
Sekalipun manusia cuba mencari jawapan, namun persoalan tersebut masih terus tergantung tanpa jawapan yang pasti. Macam ‘Tergantung Sepi’ judul lagu nyanyian Haqiem Rusli.
Ada yang kata telur dahulu yang wujud di dunia ini, tapi ramai juga yang bantah dan kata ayam dulu yang wujud. Kebanyakan hujah hanya berlandaskan kepada logik akal semata-mata.
Setelah sekian lama persoalan itu menjadi teka-teki, ia terjawab apabila sekumpulan saintis dari Eropah yang diketuai oleh Dr. Colin Freeman dikatakan berjaya mengungkai persoalan berkenaan melalui pemerhatian saintifik.
Jawapan yang diberikan ialah, AYAM terlebih dahulu wujud di dunia ini!
Berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik itu mendapati pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya dapat ditemui di indung telur ayam.
Protein yang dikenali sebagai Ovocledidin-17 (OC-17) itu berfungsi sebagai katalis untuk mempercepatkan pembentukan kulit telur. Dalam erti kata lain, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.
Melalui teknologi, para penyelidik melihat sendiri proses pembentukan kulit telur ayam secara semula jadi. Melalui sistem komputer yang dikenali sebagai HECTOR, saintis mendapati kewujudan protein OC-17 adalah penting dalam memulakan tahap awal penciptaan kulit telur. Dalam setiap pusingan 24 jam, ayam mampu untuk menghasilkan enam gram kulit telur.
Menurut Dr. Colin, jika sebelum ini ada yang menganggap kewujudan telur mendahului ayam, tetapi pembuktian saintifik telah memberikan jawapan sebaliknya.
Melalui penyelidikan, saintis dapat melihat sendiri bagaimana protein tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kulit telur ayam. Justeru, ia secara sahih telah memberikan jawapan bahawa telur tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa bantuan protein yang terdapat di dalam tubuh seekor ayam.
Penemuan bersejarah ini telah diterbitkan dalam jurnal saintifik yang bertajuk ‘Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein’.
Sahih! Ayam wujud dulu dari telur.
Tapi kan, kalau ayam yang wujud dahulu daripada telur, ayam tu datang dari mana agaknya? Haa… jawab! He he he…
BACA:
Dah macam dalam drama Korea, gelagat juruterbang Korea di Lima’23 undang reaksi netizen
Wanita ini bangga ‘showoff’ duit kutu RM763,000 dalam live, sekali LHDN kirim salam