Anwar buka mulut soal kerjasama dengan Muda dan GTA

Anwar buka mulut soal kerjasama dengan Muda dan GTA

Anwar buka mulut soal kerjasama dengan Muda dan GTA. Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan laluan kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebahagian daripada komponen kerjasama parti itu.

Menurut Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini PH tidak pernah menyentuh berkenaan isu tersebut sekalipun MUDA dilihat kerap menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PH.

“PH belum membincangkan hal ini, perkara ini tidak berbangkit. Soal kerjasama dan perbincangan tiada masalah, ia berjalan baik dalam kalangan pembangkang.

“Tapi untuk penyertaan (MUDA) dalam PH, belum dibincangkan Majlis Presiden PH,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, hari ini.

Anwar juga menyifatkan kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama PH dilihat agak sukar memandangkan kedua-duanya memiliki prinsip berbeza.

Anwar buka mulut soal kerjasama dengan Muda dan GTA

Sebaliknya, beliau berpendapat, isu memerangi rasuah ketika ini turut dibicarakan oleh perasuah besar sedangkan fokus yang perlu dilihat dan dititik beratkan ialah berkaitan peranan yang perlu dimainkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita selalu menekankan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tindakan harus lebih telus kerana orang yang bicara soal rasuah ini pelbagai ragam, termasuk perasuah besar.

“SPRM patut lebih tegas dalam menunjukkan tindakan mereka itu tidak hanya pada pimpinan satu parti, tetapi pimpinan semua parti yang terpalit dengan kes rasuah besar,” katanya.

BACA:

Tular isu kait dirinya, akhirnya ayah Puteri Balqis buka mulut

Kapal persiaran terbesar di dunia terpaksa dijual, pemilik dah muflis

Ramai teruja tengok anak-anak Adi Putra, “comel sangat ni!”

CATEGORIES