Penganalisis menggesa Shamsul Iskandar Akin agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan,
kerana ia mungkin ditafsir sebagai ‘mendapat restu’ Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pendedahan berkaitan keputusan Parlimen Bagan Datuk pada PRU15.
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata sebagai setiausaha politik kanan kepada Anwar,
Tindakan dan kenyataan bekas naib presiden PKR itu boleh memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan, walaupun pandangannya dibuat atas kapasiti peribadi.
Menurut Azmi, tidak mungkin Anwar ingin ‘menggoncang’ hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH
) yang sedang berjalan baik, terutamanya setelah melancarkan pentadbirannya yang dibentuk pada Disember 2022.
“Mungkin beliau terlepas cakap dan masih mahu menganggap beliau menang, tetapi tidak dapat dibuktikan kerana tiada cabaran… Namun, apa yang pasti, ‘kegoncangan’ kerjasama PH-BN akan menggugat kedudukan politik beliau dan Anwar sebagai perdana menteri.
Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said, menegur Shamsul supaya menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan pilihan raya dengan berjiwa besar.
Azmi juga berpendapat, Zahid tidak perlu ‘membuka mulut’ untuk menjawab dakwaan tersebut; sebaliknya, beban yang dicipta oleh Shamsul perlu diselesaikan oleh bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu sendiri.
“Ini kerana untuk menyelamatkan kerajaan perpaduan adalah lebih besar daripada masa depan politik Shamsul sendiri,” katanya.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat, walaupun kenyataan Shamsul bersifat pandangan peribadi, ia menimbulkan ketidakselesaan kepada rakan dalam kerajaan perpaduan, khususnya Umno.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab Anwar untuk menasihati ‘orang bawahnya’ agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kedudukannya di Putrajaya.
“Kenyataan Shamsul dianggap tidak produktif bagi hubungan antara parti-parti perpaduan. Anwar perlu memberitahu pemimpin dalam PH agar tidak menggugat kestabilan Putrajaya dengan kenyataan yang tidak positif,” katanya.
BACA: Kerajaan Malaysia tak sedar negara miliki ‘harta karun’ bernilai RM2.94 trillion