Anwar tetap pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia saat ini

Anwar tetap pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia saat ini

Elok Anwar tak payah sibuk jadi PM. Buat apa buang masa dan tenaga kalau setengah orang tu tak nak kat kita. Ramai sangat yang bijak kata Anwar tak layak. Takpa bagi la yang layak jaga negara kita tengok.

Selepas tempoh moratorium kita pakat tengok kerajaan sekarang nak bawa Malaysia ke mana. Orang tanya saya apa peluang Anwar esok. Jawab saya buat apa nak sibuk, Malaysia dan ketua utama negara pun dah buat keputusan.

Jatuh bangun negera terletak kepada mereka. Mereka saja yang tahu perkara terbaik untuk negara. Rakyat ni mana tahu apa. Bagi saya biar rakyat Malaysia mula belajar kenapa kepimpinan adalah sesuatu yang penting dalam mana-mana negara jika negara musnah disebabkan keputusan pemimpin.

Biar negara bermasalah dan menjalani satu tempoh yang sukar. Bayangkan dalam tempoh lapan bulan ambil alih negara saya tak nampak pelan pemulihan. Setahu saya, belum pernah pelan pemulihan terhasil dari seorang yang bekerja sebagai pegawai bank.

Banker ni kerja dia adalah menyelamatkan bank bila ekonomi negara tenat. Dia akan selamatkan bank dulu dari peminjam. Tanpa dia sedar betapa peritnya hidup peminjam bila ekonomi tenat. Mereka mana tahu susah.

Sebab itu bila kamu siasat balik di mana pelajar asrama penuh kita bekerja dan menjawat jawatan. Mereka yang belajar di sekolah penuh mana tahu susah. Waupun ramai orang susah berada di sekolah berasrama.

Sistem di dalam sekolah asrama menyediakan pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan dan aspek lain tidak didedahkan. Bukan nak salah sistem tu tapi itulah realiti asrama penuh.

Majoriti akan landing dalam sistem perbankan sebab bank adalah antara pekerjaan paling stabil. Kalau kena buang pun kebanyakan pekerjaan bawahan. Tak percaya cuba cari balik kawan sekolah anda. Yang pandai banyak landing dalam sistem perbankan.

Reality pegawai bank tak nak susah. Ikut pegawai atasan. “Bukan semua”. Jika mereka menjadi pegawai atasan mereka akan menyelamatkan aset tunai bank kerana jangka hayat bank terletak pada jumlah tunai. Kerana tunai adalah aset mereka untuk diberi pinjaman kepada peniaga dan usahawan.

Kembali kepada kerajaan dan menteri kewangan. Saya tak nampak menteri kewangan mampu menyediakan pelan pemilihan ekonomi kerana negara bukan seperti bank. Masa mula moratorium sibuk dia nak defend bank. Nasib baik rakyat naik suara.

Negara ni bukan macam bank. Rakyat adalah aset negara kerana jika rakyat jadi muflis sebab bank. Bukan kerana kegagalan mereka berniaga tapi kerana sistem ekonomi gagal sebab covid dan mereka hilang kerja. Hilang kerja akan hilang pendapatan. Takda pendapatan macam mana nak bayar bank.

Ramai tak sedar yang banyak guna pinjaman bank adalah rakyat yang ada sumber modal insan yang tinggi dan mereka mampu menjana pendapatan melalui kerjaya mereka dan kemampuan mereka berniaga.

Kalau pelan pemulihan ekonomi gagal atau takda macam sekarang ni ia akan mengekalkan status quo. Dan mereka menjadi muflis. Cuba anda bayangkan bagaimana negara nak bangun semula.

Saya cakap ni sebab saya buat kajian muflis di Malaysia. Saya tahu bagaimana pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia layan orang muflis. Mereka ni pandang sebelah mata orang muflis. Bukan semua muflis sebab gagal urus wang.

Padahal yang muflis tu kadang-kadang muflis disebabkan unfortunate events macam covid ni. Bukan kegagalan mereka mengurus perniagaan.

Tumpuan kepada beri bantuan wang bukan kepada pelan bagi gerak ekonomi. Kerana setiap wang yang masuk ke dalam sistem ekonomi dalam bentuk pelan rangsang ekonomi.

Ekonomi negara akan mencipta banyak wang baru dan mencipta banyak peluang pekerjaan baru bersifat domestik ketika ekonomi dunia tenat.

Negara perlu diuruskan dengan mengutamakan rakyat bukan menteri atau orang atasan dulu. Kerajaan yang tumbang di seluruh dunia berlaku jika rakyat merasa mereka dihargai.

Kerajaan PN skrg ni utama menteri dari rakyat. Tengok jumlah menteri. Dalam ekonomi negara tenat dan aktiviti ekonomi lembab boleh letak menteri sampai 70 lebih. Buang duit dan membazir. Ini bukan pelan ekonomi yang baik.

Kemudian GLC dipenuhi dengan orang politik. Orang politik pandai jaga pengundi. Dan kita akan lihat aset GLC akan diguna untuk menjaga hati pengundi bukan mengerakkan ekonomi.

Sekarang ada ura-ura untuk pinjam 30 billion dari pasaran untuk oelan pemulihan. Pelan pemulihan ketika era melesat perlu diperdebatan dengan bawa masuk input dari pembangkang kerana jika gagal yang terbeban adalah 52 peratus pengundi yang sokong kerajaan PH.

Itulah negaraku. Sifat bebal dari rakyat yang tak bersekolah sampai ke paling atas. Orang sibuk pasal perancis. Sampai skrg tak dengar kenyataan langsung dari pemimpin negara kecuali Anwar dan beberapa pemimpin Amanah serta dari PH.

Pemimpin PN senyap komen apa pun tak. Wakil Malaysia bertaraf menteri di Timur Tengah masih dalam kelambu selepas balik lewat mencandat sotong.

Tu pun ada orang sokong. Orang macam ni lah menambah beban kewangan negara. Tanpa rasa malu menerima jawatan dalam masa covid dan tak buat apa-apa. Memalukan.

Pasal tu saya tekankan memilih pemimpin ni penting. Ia bukan isu dia orang aku tapi sifat ikhlas, amanah dan bertangungjawab tu yang penting sebenarnya.

Sumber :