Anwar zahirkan penghargaan kepada isteri, “tanpa Azizah di sisi..”

Anwar zahirkan penghargaan kepada isteri tanpa Azizah di sisi

Anwar zahirkan penghargaan kepada isteri, “tanpa Azizah di sisi..”. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuliskan nukilan khas buat isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena hari jadi beliau hari ini.

Anwar menyifatkan Wan Azizah sebagai seorang insan, wanita dan isteri yang tabah, penyayang serta ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.

“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday.
“Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini,” kongsi beliau menerusi hantaran di media sosial.

Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-10 pada 24 November lepas.

Anwar zahirkan penghargaan kepada isteri tanpa Azizah di sisi

Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini. Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Feb 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.

BACA:

Lagu ‘Hoiyahoi’ jadi trending lepas Zahid TPM, akhirnya Altimet bersuara

“Dah macam pakai tuala mandi” – Netizen perasan sesuatu di badan Leona

Ramai kurang senang selepas Ayda Jebat keluar video baru

 

CATEGORIES