Apa asas kuasa Muhyiddin untuk sertai MoU PN bagi pihak Bersatu?

Apa asas kuasa Muhyiddin untuk sertai MoU PN bagi pihak Bersatu?

Pada hari semalam, Ahad, 17.05.2020, MALAYSIAKINI bertajuk “Bersatu, BN, PAS, GPS dan 2 parti Sabah sokong penubuhan PN” telah melaorkan :

“Bersatu, BN, PAS, GPS dan dua parti berasaskan Sabah menyatakan sokongan terhadap penubuhan Perikatan Nasional (PN) melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.

Dalam satu kenyataan bersama, enam pemimpin gabungan dan parti berkenaan menggariskan kandungan memorandum persefahaman yang telah dirangka.

Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.”

(Link Laporan MALAYSIAKINI 17.05.2020 : https://www.malaysiakini.com/news/526110)

Sekali lagi, isu penandatangan Memorandum Persefahaman bagi tujuan penubuhan Perikatan Nasional oleh Presiden Parti BERSATU iaitu TS MUHYIDDIN YASIN, akan menimbulkan persoalan di minda pemimpin dan Ahli Parti BERSATU berhubung asas kuasa “MANDAT” TS MUHYIDDIN YASIN untuk memasuki Memorandum Persefahaman itu, bagi pihak parti BERSATU.

Justeru, saya telah muat naik di Ruang Bawah akan ulasan Video yang dirakam saya bagi tujuan kemudahan fahaman isu ini oleh kesemua pihak yang prihatin, samada para pemimpin dan ahli Parti BERSATU, mahupun kesemua Rakyat Malaysia yang prihatin, memandangkan Parti BERSATU kini juga dalam fahaman semua sedang menerajui Kerajaan Persekutuan di bawah kendalian Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASIN, maka ianya juga menjadi satu isu nasional.

Sumber: