Apa hasil lawatan Muhyiddin ke Indonesia baru-baru ini? – Tamrin

Apa hasil lawatan Muhyiddin ke Indonesia baru-baru ini? – Tamrin

Hampir 2 minggu lepas Mat Sejuk atau Abahcow telah melakukan Lawatan Resmi ke Republik Indonesia

Apakah setelah ‘berjaya’ maka lawatan yang sepatutnya dilakukan selama 2 hari itu katanya telah disengkatkan ke kurang 24 jam sahaja ?

Bagi mereka yang kurang pasti maksud panggilan ‘MAT SEJUK’ dan ‘ABAHCOW’ maka ianya perlu dijelaskan :

i. MAT SEJUK – mencerminkan sikap ‘SELAMBA’ sesaorang atau mungkin ianya hanya kepura – puran seolah – olah TIDAK KISAH ATAU TIDAK PEDULI segala apa yang di lemparkan terhadap beliau namum disebalik nya ia lebih garang dari seekor singa yang cedera

ii. ABAHCOW –
pada mulanya panggilan ABAH terhadsp Muhyiddin di perkenalkan oleh mereka yang ingin menggampu beliau namun dihujung perkataan ABAH di tambah perkataan COW oleh mereka yang terlalu marah dan benci beliau , maka ujudlah ABAHCOW yang membawa maksud :

ABAH yang membawa erti BAPAK dalam bahasa Melayu
sedangkan COW pula bermaksud LEMBU

Seperti juga apa yang berlaku di Malaysia , rakyat Indonesia mengikuti perkembangan politik kita sehingga terdapat dikalangan mereka MEMBANTAH lawatan tersebut melalui Facebook Presiden Jokowi dengan ayat – ayat yang tidak senang di baca ; sebagai contoh :

i. ‘Bagaimana dia boleh jadi PM Malaysia sedangkan tidak ada sokongan dewan’

ii. ‘Pak Presiden , tolong sekat , jangan biarkan dia pulang ke Malaysia’

iii. ‘Dia ini manusia ke hantu dia tidak punya malu’

iv. Yang paling terasa apabila seorang Netizen melemparkan cabaran berbunyi :

‘Hairan sungguh bagaimana rakyat di Malaysia boleh punyai pengkhianat sebagai Ketua Negara mereka – buang aja deh !’

Rakyat ingin tahu SEKEMBALI DARI LAWATAN ITU , SUDAH KAH BELIAU , ISTERI DAN ROMBONGAN MENJALANI KURANTIN DI HOTEL YANG DI SEDIAKAN SELAMA MINIMA 7 HARI JIKA TIDAK 10 ATAU 14 HARI SEPERTI APA YANG RAKYAT BIASA MISTI LAKUKAN ?? atau dikecualikan oleh kerana kuman COVID 19 ini PASTI tidak akan menghinggapi PM dan ahli rombongan SEDANGKAN lapuran Pertubuhan Kesihatan Dunia ‘ atau World Health Organisation ( WHO ) MENGESAHKAN wabak COVID di Indonesia jauh lebih buruk dari kita; apakah itu tujuan Dr. Adham Baba MEMENDIKKAN masa kurantin BAGI Menteri – Menteri HANYA 3 hari sahaja ‘

Jika jalani Kurantin selama 7 hari , ini bermakna beliau TIDAK BOLEH ke pejabat ?

Rakyat tertanya apa perlunya membuat lawatan tersebut dalam keadaan COVID ini sedangkan segala perbincangan diantara beliau dan Presiden Indonesia BOLEH di lakukan melalui ATAS TALIAN atau TELE
CONFRENCE

Jika tidak di ingatkan pun sepatutnya beliau boleh berfikir, tidak lama dulu iatu pada bulan Nobember 2020 Malaysia telah menganjurkan Persidangan APEC yang melibatkan ramai pemimpin dunia dengan cara TELE CONFERENCE

Bak kata pepatah :

Rumah Dah Siap
Pahat Maseh
Berbunyi

ini berhubung dengan kos RM200 juta untuk mengendalikan TELE CONFRENCE tersebut

RM 200 juta adalah satu perbelanjaan yang TAK MASUK AKAL bagi mengendalikan TELE CONFERENCE ; apakah ada element ‘penyelewangan’ berlaku ?

Rakyat juga ingan tahu berapa ramai yang mengikuti rombongan tersebut dan berapakah jumlah yang dibelanjakan TERMASUK kos Kapalterbang , hotel , dan pegawai – pegawai keselamatan yang pergi lebih awal

Dalam musim COVID ini beliau tidak perlu membuat lawatan tersebut ; SEPATUTNYA beliau TUNJUK contoh dan teladan baik yang boleh di ikuti , bukan nak menunjuk ‘SIAPA BOLEH HALANG APA PM NAK BUAT ?’ , sedangkan rakyat , dahlah susah , kena pula bayar kompaun RM1000 malah ada yang di penjara jika tak mampu bayar

Bukan kah kos mengendalikan APEC RM200 juta , kos Lawatan ke Indonesia dan kos pembinaan 3 Dewan Orang Ramai sebanyak RM35 juta di Kawasan beliau sendiri di Pagoh , Johor TANPA TENDER TERBUKA boleh digunakan membantu hospital – hospital yang MEMERLUKAN bantuan ubat – ubatan dan oksigen , dan mungkin boleh disalurkan kepada Pasukan Tentera MEMBINA hospital sementara untuk digunakan pesakit – pesakit Wabak COVID ?

LAWATAN YANG AMAT BERJAYA ? – itu kenyataan beliau sekembali dari Lawatan tersebut

Tolong PERINCIKAN apakah KEJAYAAN beliau setelah perbincangan dengan Presiden Jokowi

i. apakah Indonesia MEMBERI IZIN agar Malaysia menganjakkan Batu Sempadan Negara 1 inchi lagi kedalam Kawasan Indonesia ?

ii. apakah Indonesia BERSETUJU nelayan kita menangkap ikan didalam kawasan perairan mereka SECARA BEBAS tanpa di tangkap ?

iii. apakah Indonesia BERSETUJU kita menghantar pulang setiap tahun 200,000 Pendatang Haram atau PATI ?

Jika setakat pengumuman bersetuju meningkatkan Kerjasama Ekonomi dan Kerjasama menangani Wabak COVID19 , itu perkara biasa

Apakah beliau menggunakan alasan Rahsia , OSA dan Wabak COVID untuk tidak mahu memeberitahu rakyat KEJAYAAN NYA itu ; rakyat BUKAN LAH Ahli Kabinet yang bukan sahaja telan apa yang di temberangkan nya malah TANPA mengkaji lapuran ada yang berlagak sebagai hulubalang yang konon nya sanggup ke hadapan ; jestru membuat kenyataan – kenyataan bodoh

Difahamkan ribuan Netizen melalui Facebook Resmi Istana Negara MEMINTA Darurat di tarik balik dan Muhyiddin yang sudah tidak ada majoriti Parlimen berhenti atau diberhentikan SERTA MERTA

Ini lah akibatnya apabila beliau SANGGUP MENIKAM ORANG YANG PERNAH MENYUAP NASI KE MULUT DENGAN MERAMPAS KUASA – – ‘What Goes Around Comes Around’ atau ‘APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA’
tamrintunghafar.blogspot.com

Walaupun punyai Kabinet terbesar dalam dunia atau bak kata budak – budak – Kitchen Cabinet , namun beliau GAGAL atau dalam bahasa Inggerisnya

YOU ARE A FAILURE

Mat Sejuk atau Abahcow ini PASTI AKAN DI KENANG SEBAGAI PENGKHIANAT , PEROMPAK DAN PENCURI YANG MENUBUHKAN KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG

Baru setahun melakukan RAMPASAN KUASA , rakyat sudah meyuarakan kemarahan amat sangat terhadap beliau ; rata – rata; jika tidak , ini adalah BUKTI cakap beliau TIDAK BOLEH DI Percayai DAN MAHU beliau MEMBUKTIKAN cakap nya pada awal RAMPASAN KUASA bahawa beliau TIDAK BERMINAT jawatan yang di rampas ini

Jagalah nama baik dan maruah isteri , anak – anak dan adik beradik jika TIDAK MAHU dicampakan ke dalam ‘Lubang Buaya’ seperti yang terdapat di Kota Jakarta

TERSERAH LAH samada mahu menerima pandangan ini atau mahu MELENYAPKAN para pengkritik beliau atau MENGGUBAL undang – undang agar Perdana Menteri TIDAK BOLEH DI TEGUR ATAU DI KRITIK

Wassalam
Terima Kasih

Berita penuh : http://tamrintunghafar.blogspot.com/2021/02/lawatan-yang-berjaya_11.html