Apa Makna Duta Khas Bertaraf Menteri?

Apa Makna Duta Khas Bertaraf Menteri?

Sebelum perlantikan Presiden Pas sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, berlaku perlantikan yang sama di zaman Pak Lah Badawi dan Najib Razak. Antaranya ialah Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India. Adakah beliau menggantikan Duta India? Tidak. Kerana Malaysia sudah ada duta sendiri di India.

Oleh itu tugas Sami Vellu tidaklah jelas melainkan difahami ia sebagai satu anugerah kepada beliau sebagai Vateran BN/MIC yang dibersarakan. Ketika memuncak krisis dalam MIC, maka beliau dinasihatkan berundur dan diberi jawatan Duta Khas tersebut. Beliau ada pejabat di Jabatan Perdana Menteri seluas pejabat seorang menteri. Dibayar gaji, elaun dan pelbagai kemudahan seperti kereta, pemandu dan pegawai pegawai sama seperti menteri. Lebih kepada mengenang jasa. Tugas asas tidak ada. Kuasa juga tidak ada.

Di Timur Tengah hampir kesemua negara sudah ada Duta Malaysia kecuali di Syria yang ditutup sementara semenjak perang di Syria 2011 dan di Palestin yang menumpang duta Malaysia di Jordan dan Mesir. Duta duta ini bertanggungjawab kepada Kementerian Luar atau dikenali Wisma Putra yang diketuai oleh Menteri Luar. Mereka sebagai perwakilan rasmi kerajaan Malaysia di Timur Tengah.

Oleh itu apakah tugas dan kuasa Haji Hadi sebagai Duta Khas Timur Tengah? Jawabnya tidak ada, sama seperti Samy Vellu. Hanya jawatan diwujudkan bagi mengenang jasa. Haji Hadi juga akan ada pejabat di JPM, bergaji, alaun, kereta, pemandu, pegawai sama seperti seorang menteri. Tapi tiada kuasa seperti menteri. Bahkan tiada kuasa seperti duta duta sedia ada pun. Yang ada hanya gaji dan kemudahan sama taraf dengan menteri.

Owh. Adakah sekadar ini dilayan Haji Hadi? Adakah sekadar ini yang dikejarkan oleh pengikut pengikut Pas? Diberi jawatan untuk menyeronokkan ahli ahli di bawah, walhal dilayan Tuan Guru Presiden sama taraf dengan Samy Vellu yang dibersarakan dahulu. Awas jarum halus untuk memusnahkan Pas dengan gula gula sebegini.