Apa motif TV3 siar usul naikkan had umur pengeluaran KWSP?

Apa motif TV3 siar usul naikkan had umur pengeluaran KWSP?

Bila aku secara pre alert viralkan isu ini ramai ingat aku RBA, aku nak tanya korang, Bank Dunia tak ada hak keatas KSWP, akta KWSP Malaysia tak tertakluk kepada Bank Dunia atau Bank Negara. Persoalannya ialah apa motif TV3 mewar warkan berita ini? Kalau ini boleh dianggap soft survey atas arahan pihak tertentu utk melihat reaksi Rakyat Malaysia , untuk pre determine dan pre plan supaya KWSP Rakyat Malaysia akan dilanjutkan ke usia 65tahun, Rakyat harus bangkit meviralkan bantahan.

Aku tak dapat nak terima pak cik mak cik yang bekerja sepanjang hayat mengharapkan duit ini untuk naik haji, buat rumah, membantu majlis kahwin anak tiba tiba dinafikan haknya menjelang usia 55tahun.

Apa guna lagi wang ringgit diusia 65tahun kalau sudah tidak mampu membawa kereta, terkapar kesakitan menanti saat kematian, sepanjang hayat hidup susah dan sehingga akhir hayat tidak merasa sedikitpun kesenangan. Sedangkan para pemimpin berjoli sakan duit rakyat. Kalau kalian bergaji puluhan ribu ringgit mungkin kalian tak merasai derita hidup orang susah, kalian boleh cakap apa sahaja, fitnah, rba dan kutuk lah aku semahunya. Tak apa sebab kalian tak berada ditempat mereka yang benar benar mengharapkan sedikit kesenangan di hari tua mereka.

Kalau aku pun jenis manusia tak ada hati perut seperti kalian, aku pun memilih untuk berdiam diri sebab aku tak ada penantian diusia 55tahun. Aku tak perlu duit kwsp pada usia itu, aku boleh hidup dengan selesa sampai akhir hayat. Tapi bagaimana kita harus boleh gembira dan tidak peduli orang susah, jiran tetangga kelaparan sedangkan kita lena dalam kekenyangan? Apa nak jawab depan Allah nanti bila kemungkaran dan kezaliman kepada Rakyat kita diam kan?

Aku tak kira siapa pemimpin, parti apa, aku tak pernah peduli siapa mereka siapa parti anda, tapi kalau menyentuh hak rakyat, menindas rakyat dan tidak peduli rakyat, aku akan KECAM dan tak akan bersongkol dengan kezaliman.

Jangan kerana sokong parti sokong pemimpin matahati kita dibutakan sampai tak tahu menilai baik buruk kesan pada rakyat marhaen.

Duduk nya disitu dan fahamkan perkara ini kalau masih ada sisa sisa akal.

Sumber :