Apa yang perlu kita buat jika air ketuban dah pecah? Lelaki ini kongsi apa yang perlu dilakukan
Bagi mereka yang sudah berumah tangga, saat menunggu kelahiran si comel pasti merupakan satu perkara yang paling dinanti-nantikan.
Terutamanya buat mereka yang bakal menimang cahaya mata sulung atau anak pertama.
Pasti pelbagai jenis emosi dirasai untuk menyambut kelahiran tersebut.
Dari tempoh sebelum isteri bersalin sehinggalah selepas bersalin, pasti pelbagai perkara yang perlu dipikirkan oleh bakal bapa kelak.
Untuk memudahkan urusan dalam menunggu hari tempoh bagi seorang isteri bersalin, anda yang bergelar suami perlulah lakukan persiapan mana yang patut.
Tak tahu apa yang perlu disediakan?
Jangan risau, perkongsian hari ini akan berkongsikan berkenaan tips dan persediaan yang seorang suami perlu lakukan sebelum isteri nak bersalin.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pempengaruh Twitter yang bernama @AkeemSharyzal.
Tanpa berlengah dan membuang waktu mari kita ikut perkongsian tersebut.
Ini adalah tips & preparation husband before wife nak bersalin.
Sebelum aku listkan, ini situasi yang aku alami, kalau salah atau korang ada pengalaman lain boleh share juga.
Kalau wife dah nak bersalin akan keluar tanda, which is air ketumban pecah. Sebaiknya jangan panik. Kau sebenarnya sempat pergi mandi dulu and bawak dia pergi makan. Sebab before wife bersalin, dia perlukan tenaga, ini doktor yang cakap dengan aku. Makan la puas-puas dulu.
Kredit Twitter
Kedua, make sure Ic wife kau dah pegang siap-siap, sebab yang nak kena register tu nanti bukan wife. So kat sini kau boleh prepare. Apa yang aku pesan haha. Buku pink tak silap aku wife aku yang handle, sebab dia nak bagi dekat doktor nanti.
Bila tengah tunggu wife, make sure kau standby powerbank yang penuh and isi minyak pun full, supaya kau tak terlepas bila wife call untuk masuk dalam labour room nanti. Minyak full sebab kau akan duduk dalam kereta sometimes, atau kau tidur dalam kereta.
Bila dah nak masuk labour room, kau pakai kasut atau sweater sebab dekat dalam tu sejuk, so kau akan keras nanti. Tak sure hospital lain sejuk jugak ke atau takda aircond, tapi aku menyesal la tak pakai sweater hahah. So takpe standby je.
Make sure kau ada duit cash dalam wallet, sebab kau akan lari ke kantin atau beli barang barang dekat kedai runcit, takut diorang tak accept debit atau rosak ke so kau dah prepare awal-awal.
Sediakan makanan ringan di dalam kereta
Sebenarnya kau pun boleh standby macam roti atau apa apa air yang kau boleh makan juga bila kau stay dekat dalam kereta, untuk wife mmg dah standby tapi untuk ko pun kena juga sebab nanti ko akan lapar.
Disebabkan parking dekat hospital ni susah cari, sometimes orang akan double park, atau kau sendiri akan double park. So kau dah standby letak no phone kat kereta supaya tak menyusahkan orang bila kau ada emergency.
Sebenarnya baju untuk kau nak tukar pun aku rasa better kau simpan dalam bonet atau bawak beg, sebab kau taktau berapa hari yang kau akan stay dekat hospital sementara tunggu wife melayan contruction (bukan constructions) hehe. So kau boleh la tukar baju.
Sementara duduk dalam kereta menunggu tu, kau boleh la google jugak macam mana cara nak tanam atau basuh uri, sebab benda ni penting. Lepas wife bersalin benda ni kau kena buat. Basuh kena taruk garam, asam jawa dan lain-lain.
BACA: Guna Asam Jawa, Lelaki Ajar Cara Mudah Bersihkan Dan Tanam Uri
Masa nak bayar bil nanti, make sure kau dah prepare atau tau berapa amount yang kau kena standby, and masa ambil ubat dekat pharmacy kau dengar doktor tu cakap ini ubat untuk apa and ambil tau, sebab nanti ubat tu kau kena explain dekay wife balik.
Lepas dah setel wife bersalin, husband kena pergi balik ke KK (Klinik Kesihatan) yang korang selalu bawak p check up tu. Untuk laporkan kelahiran, yang tu kena pergi hantar satu surat ni tapi nurse tu yang akan check. Nanti dia amik alamat kat mana wife berpantang.
BACA: Pakai tali leher umpama pakai salib – Pemimpin Taliban