Apabila pengkhianat mengaku jadi penyelamat negara

Apabila pengkhianat mengaku jadi penyelamat negara

Di dalam kongres Negara anjuran puak pengkhianat, bertalu2 ucapan memuji memuja Muhyidin dan Azmin. Kedua pengkhianat ini dicop sebagai penyelamat negara. Bukan Najib, Zahid Hamidi jauh sekali Hadi Awang. Umno dan Pas cuma tukang sorak dan balaci Muhyidin dan semburit. Patutnya Umno dan Pas malu.

Ibarat perompak duit tabung masjid taburkan duit rompakan kepada ketua2 kampung, tok2 imam dan bilal, kemudian beritahu orang kampung bahawa beliau adalah penyelamat masjid dan penyelamat orang2 kampung. Yang kenyang adalah ketua2 kampung, tok2 imam dan bilal. Jemaah masjid hanya melopong.

Itulah yang boleh digambarkan kepada kumpulan pengkhianat yang diketuai oleh muhyidin, azmin dan juak2nya termasuk yang bersubahat dengan mereka iaitu umno dan Pas. Semua telah mendengar suara atau audio yang mirip suara muhyidin yang terang2 menyatakan cadangannya untuk menawarkan jawatan menteri atau GLC kepada MP-MP Umno dan Pas sebelum beliau dan kumpulannya merampas mandat rakyat dan menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Apakah itu yang dikatakan penyelamat negara? Apa yang beliau selamatkan? Selamatkan beberapa MP dari kes2 mahkamah? Sebelum kerajaan PH dikhianati, negara ini aman dan tenteram dan waktu itu Covid19 sedang ditangani dengan amat baik dan terkawal. Situasi politik negara aman tenteram kecuali sesekali bunyi salakan dari puak2 umno dan Pas yang bermain isu perkauman.

Apabila pengkhianat itu bertindak merampas mandat rakyat, kita dapat lihat wabak Covid19 bertambah serius sehingga kerajaan pintu belakang terpaksa berbelanja besar duit negara yang dijimatkan oleh kerajaan PH. Situasi politik semakin bercelaru. Sidang parlimen pertama kali di bawah kerajaan pintu belakang dibuat tidak sampai satu jam, tiada perbahasan. Perebutan jawatan menteri dan jawatan GLC jelas rakyat lihat. Hampir kesemua ahli parlimen dapat habuan.

Lihat sendiri, dua kali parlimen bersidang, dua kali kerajaan dimalukan dengan sokongan tidak sampai jumlah cukup makan. Sekadar dapat undi 111 meskipun berbagai dedak diberikan. Speaker ditukar sesuka hati melanggari semangat demokrasi. Parlimen tidak lagi dimuliakan apabila Speaker pula menunggu Ahli Parlimen masuk. Ada kes Ahli Parlimen selamba hisap vape di dalam parlimen. Ada kes Ahli Parlimen selamba masuk dewan dengan melanggar SOP Covid apabila tidak kuarintin diri setelah pulang dari luar negara. Apakah ini dinamakan menyelamatkan negara?

Jelas, negara kita sekarang tidak lagi stabil. Pelabur mana mahu masuk melabur apabila melihat di dalam Parlimen kerajaan ini disokong tidak sampai angka cukup makan 112. Pengangguran bertambah berkali ganda. Banyak hotel ditutup. Banyak kedai makan gulung tikar. Pembodek2 kerajaan pintu belakang pula terlentang kekenyangan dengan jawatan menteri dan GLC. Rakyat menadah tangan menanti kot2 ada lagi duit cash tabung harapan.

Rakyat lihat sekarang parti Muhyidin tidak tentu hala. Kejap mahu Perikatan Nasional, kejap mahu kepada Muafakat Nasional. Partinya pun telah bercelaru, banyak Bahagian Bersatu yang terbubar. Penyelamat negara kononnya tetapi parti sendiri tidak mampu dia selamatkan.

Percayalah, Muhyidin dan Azmin bakal tersungkur di halaman rumahnya sendiri pada PRU15 akan datang.

WFAUZDIN NS

Sumber :