Itulah sebabnya ada beza ketara antara peminat dengan pengguna apabila ada yang tergamak menjual semula beg jinjing (tote bag) percuma sampai RM1,000.
Beg itu diperoleh semasa pembukaan kedai fizikal syarikat gergasi elektronik, Apple yang pertama di Malaysia, Apple The Exchange TRX semalam.
Memang pelanggan terawal yang berjaya memasuki kedai fazikal itu dihadiahkan sebuah beg jinjing istimewa daripada Apple.
Mereka ada yang mula beratur di pusat beli-belah, The Exchange TRX sejak 21 Jun sebelah malam lagi demi menghadiri pembukaan kedai fizikal itu.
Beg kain tersebut kemudiannya dilihat dijual balik pada harga mencecah RM1,000 di platform jualan Marketplace di Facebook.
Menerusi aplikasi jualan Carousell pula, rata-rata penerima beg jinjing percuma itu cuba menjualnya semula pada harga RM200 hingga RM500.
Jenama berkenaan kekal sebagai pengeluar peranti premium apabila menawarkan perkakasan baharu yang memberi revolusi kepada segmen pasaran keseluruhannya.
Apple dianggap jenama paling berjaya setakat ini dengan menampilkan peranti revolusi teknologi di pasaran.
Nampaknya segelintir pengunjung yang memperoleh beg jinjing (tote bag) sewaktu pembukaan Apple The Exchange TRX mula menjual kembali pada harga yang amat tinggi di platform Carousell. pic.twitter.com/QR7w4z2QDT
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) June 22, 2024
Antara perkhidmatan yang popular menjadi kegilaan warga dunia ialah Apple TV dan juga Apple Watch selain penjualan siri produk sedia ada daripada iPhone, iPad dan Apple Watch
BACA: Suri rumah berputih mata, rugi RM1.5 juta diperdaya ‘Polis’