Asal usul nama ‘corndog’ ada kaitan dengan anjing ke? Rupanya ini asal usul makanan ini
Sekarang banyak peniaga-peniaga yang menjual makanan fast food lebih-lebih makanan yang menjadi tarikan orang ramai, salah satunya ialah corndog.
Corndog merupakan salah satu makanan ringan dimana sosej yang dibaluti dengan adunan tepung lalu digoreng.
Sebagai tambahan, ada juga yang meletakkan keju mozarella untuk menambahkan selera penggemar makanan tersebut.
Tapi korang tahu tak, kenapa makanan ringan ini dinamakan corndog. Jika diterjemahkan, perkataan corn dan dog membawa maksud jagung dan anjing. Rupanya ada maksud disebalik nama ini yang segelintir masyarakat kurang tahu.
Jika dilihat, bentuk sosej itu panjang sama seperti bentuk spesis anjing yang dinamakan dachshund. Pada tahun 1880-an, peniaga di Amerika Syarikat menjual roti bersama sosej yang dinamakan red hot dachsund sausages.
Penjualan roti sosej tersebut sangat popular pada ketika itu sehingga menyukarkan pelanggan untuk menyebut nama sebenarnya. Akhirnya, mereka membuat singkatan dengan nama hot dog dan ianya berkekalan sehingga ke hari ini.
Oleh itu, tercipta satu lagi variasi makanan di negara tersebut dimana sosej yang disaluti bersama dengan adunan tepung jagung, itulah sebabnya dinamakan corndog. Makanan ini cukup terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa hingga menjadi kegemaran masyarakat.
Di Korea, corndog divariasikan dengan cara tersendiri dengan meletakkan topping seperti kentang, mee atau bahan-bahan lain.
Persamaan corndog antara kedua-dua negara ini ialah cara penyediannya iaitu menggunakan stick dan sos sebagai pelengkap sajian. Di Malaysia, bermacam-macam jenis corndog yang sudah diolah mengikut citarasa dan tekak orang Malaysia.
BACA: Walaupun gagal dalam SPM, 3 pemuda ini berjaya raih pendapatan 5 angka sebulan! Ini kisahnya