‘Asalkan capai apa yang mereka inginkan’ Ku Li dedah perangai sebenar PAS

Oleh ZULAIKHA ABBAS

PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan ia memberi keuntungan kepada parti tersebut, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Razaleigh menyatakan bahawa

misi PAS yang bercita-cita untuk menghidupkan semula gabungan politik Muafakat Nasional (MN) adalah jelas.

“PAS ini, jika mereka tidak nampak ada keuntungan, mereka tidak akan bersama dengan Umno.

PAS mahu kekal berkuasa, dan jika mereka rasa tiada peluang untuk kekal dalam pemerintahan, parti ini akan awal-awal ‘lari’ daripada Umno,” katanya.

'Asalkan capai apa yang mereka inginkan' Ku Li dedah perangai sebenar PAS

Razaleigh turut mengulas mengenai penubuhan MN yang pada mulanya diharapkan dapat menyatukan kedua-dua parti dalam perjuangan Islam, namun PAS segera beralih arah kepada Bersatu setelah mendapat kuasa.

“Lihatlah, apabila kita tubuhkan MN dengan harapan parti-parti dapat bekerjasama dalam perjuangan Islam, tetapi PAS awal-awal sudah ‘lari’ dan mahu bekerjasama dengan Bersatu kerana sudah mengecapi kuasa,” tambahnya.

“PAS mahu semua, asalkan dapat mencapai apa yang mereka inginkan. Dahulu PAS dengan DAP kata akan masuk syurga, sekarang pula mereka kata DAP itu kafir harbi. Jadi, PAS boleh bertukar pendirian pada bila-bila masa,” kata Razaleigh lagi.

Pada tahun 2019, Umno dan PAS berganding bahu untuk membentuk MN bagi memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Namun, selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, Umno, PAS, dan Bersatu bersekongkol untuk membentuk kerajaan baharu di bawah pimpinan perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Walau bagaimanapun, hubungan antara Umno dan PAS mula retak selepas PAS menyokong Bersatu dalam pembentukan gabungan Perikatan Nasional (PN).

BACA: Pegawai terkejut Bank diserbu Polis, rupanya tanpa sedar bekerja di bank palsu!