Asalnya Damarsara bukan Damansara, ini punca nama tempat yang salah diguna pakai sampai hari ini

Oleh NADIA HARON

“Perkataan Damarsara masih boleh dilihat dalam peta lama,” jelasnya dalam hantaran video tersebut.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa nama asal tempat Damansara di Selangor sebenarnya adalah Damarsara,

Tetapi ia ditukar akibat kesilapan ejaan oleh pemerintahan British pada waktu itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, cikgusafuan, lelaki tersebut berkongsi cerita

Di sebalik pertukaran nama daripada Damarsara kepada Damansara yang digunakan hingga kini.

Asalnya Damarsara bukan Damansara, ini punca nama tempat yang salah diguna pakai sampai hari ini

“Nama asal Damansara bukan Damansara, tetapi Damarsara, yang berasal daripada dua patah perkataan. Damar bermaksud bendalir daripada pokok, manakala ‘sara’ pula berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud sesuatu yang berharga dan bernilai.

“Kesilapan ejaan berlaku apabila pihak British memperkenalkan pendaftaran geran tanah pada tahun 1891, di mana Sungai Damarsara dieja sebagai Sungai Damansara.

Menurutnya, adalah penting untuk memastikan penggunaan ejaan yang betul dalam sebarang urusan.

Perkongsian ini mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok, di mana ramai yang menyifatkan nama Damansara lebih sesuai berbanding Damarsara.

Bagaimanapun, cikgusafuan menjelaskan bahawa nama Damansara sudah lebih biasa disebut berbanding Damarsara yang tidak lagi digunakan.

“Nama yang sudah biasa kita dengar pasti lebih selesa bagi kita,” katanya sebagai balasan kepada komen pengguna tersebut.

“Damansara lebih mudah disebut berbanding Damarsara. Tetapi jika sebut Damarsara, bunyinya tetap hampir sama dengan Damansara,” komen seorang individu lain.

BACA: Isteri Tun Daim gagal tangguh bayar cukai pendapatan RM313.82 juta, pendapatan sebenar undang tanda tanya