Asnaf penerima zakat ‘kantoi’ rupanya tinggal di kondo mewah

Asnaf penerima zakat ‘kantoi’ rupanya tinggal di kondo mewah

Asnaf penerima zakat ‘kantoi’ rupanya tinggal di kondo mewah. Bergelut masalah kewangan dan memerlukan bantuan zakat, namun apabila dijejaki, asnaf tersebut rupa-rupanya tinggal di kawasan dengan nilai hartanah tinggi.

Itu kisah dikongsikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung sebuah keluarga dikatakan memerlukan bantuan zakat dan sebaik Skuad Jejak Asnaf menjejaki mereka mendapati lokasi kediaman adalah sebuah kondominium di ibu negara.

“Setibanya di lokasi, kami terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat itu. Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

“Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan tinggal di tempat tersebut disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga, selain lokasinya berdekatan sekolah anak,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, MAIWP menjelaskan, hasil dapatan maklumat yang diperolehi, mereka menghuni kediaman tersebut dengan bayaran sewa secara bulanan serta bukannya rumah pusaka mahupun menerima ihsan tinggal percuma daripada orang lain.

Asnaf penerima zakat 'kantoi' rupanya tinggal di kondo mewah

“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup.

“Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa. MAIWP sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami,” ujarnya.

BACA:

Komen Noor Nabila di ruangan komen Sharnaaz buat netizen terpaku

Ini rupanya rahsia buat Nasi Lemak Asli Pandan, aroma dia buat tak lena tidur

Muka budak tadika pakai baju polis memang ‘in character’ betul

CATEGORIES