“Assalamualaikum ayah..Omok nak pergi sekolah ni” – Nak nangis tengok budak ziarah kubur ayah sebelum sekolah.
Hanya kenangan menjadi pengubat rindu buat mereka. Namun, siapalah kita mahu menentukan takdir.
Sebagai umat Islam, kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi ketika anaknya datang menziarah pusara si ayah telah mengundang sebak ramai.
Sempat ziarah pusara ayah sebelum ke sekolah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu pada masa itu sedang berada di tanah perkuburan bersama anak lelakinya.
Difahamkan, anak lelakinya yang dikenali sebagai Omok itu dilihat berjalan ke arah pusara arwah ayahnya sebelum sesi persekolahan.
“Assalammualaikum ayah omok nak pergi sekolah ni,” ujarnya.
Malah, dia juga dilihat memegang dan mencium batu nisan si ayah. Perkara itu ternyata telah mengundang sebak ramai.
“Moga good boy ni dalam lindungan-Nya dan rahmat Allah” – Netizen.
@omokgendut18pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihatnya dan memberikan pelbagai komen positif buat keluarga itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 156.9K likes dan 5,767 comments di TikTok.
@omokgendut18pagi2 sebelum pergi sekolah,kakak cerita sambil senyum2..ibu kakak mimpi jumpa ayah 2 kali..kakak jumpa ayah senyum,ayah peluk kakak..kakak tnya ayah ke ni??ayah angguk je xcakap ape2..lepas tu ayahbperfi terbang tinggi terus hilang..lepas dia cerita xsesar air mata dia dah bertakung..xbole tahan dia melalak jgk sambil lari peluk ibu😌lama pujuk dia..dah sampai sekolah baru senyap.. alfatihah buat bonda saodah binti salleh dan syurga saya mohd haidir bin tasref🤲🍃♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – Aminda Chinika
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
BACA:
Ini 5 sikap orang politik yang buat rakyat menyampah, no.3 tu sebiji macam perangai…