Asyik kena soal ‘bila nak kahwin’ masa raya, ini 9 jawapan selamat boleh jawab

Oleh GEMILANGDAILY

Asyik kena soal ‘bila nak kahwin’ masa raya, ini 9 jawapan selamat boleh jawab.

AIDILFITRI sudah tiba… bagi yang bujang bersiap sedialah ‘tahan telinga’ dengar soalan ‘bila nak kahwin’?

Pertanyaan daripada ibu atau bapa mungkin sudah biasa, tapi kali ini soalan sama daripada saudara mara, kawan-kawan atau jiran yang ditemui setahun sekali pulalah yang perlu dilayan.

Untuk berdepan soalan cepu emas ini, anda nampaknya perlu buat sedikit persediaan sama ada mahu menjawabnya secara serius atau ‘menepisnya’ dengan cara sopan atau kreatif.

Ingat, jangan sesekali melenting atau naik angin. Jangan pula sampai nampak biadab, terutamanya jika menjawab pertanyaan mereka yang lebih tua.

Anggap saja soalan itu sebagai modal borak atau mahu beramah mesra. Lebih positif, mereka prihatin atau tidak sabar mahu tumpang gembira jika anda beritahu akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi, sebab itulah mereka bertanya. Bukan sebab mereka kepochi!

Ingat! Jangan sampai ke tahap rungsing. Bagi mereka yang masih memegang status bujang, pilihlah jawapan mana yang anda rasa sesuai di bawah ini:

Harus diingat soalan ‘bila mahu kahwin’ menandakan masih ada yang prihatin dengan masa depan anda.

1. Belum jumpa jodoh

Seperti lagu Afgan ‘Jodoh Pasti Bertemu’, jika memang sudah sampai waktunya maka tentunya anda akan disatukan dengan jodoh anda. Jadi, jawab saja ‘dah sampai jodoh kahwinlah saya’.

2. Tunggu hujung minggu

Anda juga mungkin boleh jawab ini dengan rakan-rakan: “Nanti ya, kalau bukan Sabtu, hari Ahad, atau cuti sekolah.”

Mudahkan jawapan ini? Sebab sudah jadi kebiasaan majlis kahwin akan dilangsungkan pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah.

Asyik kena soal 'bila nak kahwin' masa raya, ini 9 jawapan selamat boleh jawab

3. Hadiah

Terus saja jawab: “Kalau dijemput, jangan lupa bawa hadiah” atau anda juga boleh jawab “agak-agak nak hulur berapa?”

Kalau mahu panjangkan lagi jawapan, apa kata senaraikan apa hadiah kahwin idaman anda.

Siapa tahu jawapan seperti itu akan buatkan mereka terdiam. Tapi harus diingat, jawab dengan nada selamba dan berseloroh, jangan pula emosi!

Oh ya, jika yang bertanya itu pun 2×5, masih bujang atau tak ada pasangan, anda boleh juga jawab: “Kalau hantar kad sekarang, nanti awak bingung pula mahu bawa siapa sebagai pasangan.”

4. Pejabat kadi tutup

Biasanya, pejabat agama atau pendaftar ditutup dan stafnya bercuti panjang ketika lebaran.

“Eh, tok kadi cuti raya la” mungkin jawapan paling ringkas dan selamat.

5. Jun depan

Ketika ditanya bila nak kahwin, jawab saja “kalau ikut perancangan Jun tahun depan.” Kalau mereka terus bertanya lanjut jawab saja “baru rancang, mungkin jadi, mungkin juga tidak. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.”

6. Cincin lut sinar

Gurauan cincin juga boleh digunakan sebagai jawapan.

“Dah kahwin ni, cuba tengok cincin kahwin transparent aku ni. Nampak tak? Kalau tak nampak maksudnya kau belum cukup amal ibadat, hehe.” Jawapan ini sangat sesuai untuk kawan-kawan.

7. Cari calon

“Nak cari calon ke?” atau “ada calon sesuai tak?”

Jawapan ini juga boleh digunakan, sesuai untuk saudara-mara atau orang yang lebih tua daripada anda. Dengan cara tersebut, siapa tahu mungkin mereka dapat mencari calon yang sesuai untuk anda.

8. Esok

Kalau dengan kawan-kawan, boleh saja jawab, “Esok, kalau hari tak hujan”

Siapa tahu anda betul-betul dilamar atau ditakdirkan melamar seseorang esok hari. Hidup kan penuh misteri, termasuklah soal jodoh.

9. “Doa dipercepatkan ya”

Jawapan diplomatis sekali gus menjadi doa untuk anda. Biasanya jika anda jawab macam tu, orang yang bertanya akan mengaminkannya saja.

Sebenarnya selagi belum berkahwin, tekanan dan pertanyaan daripada orang-orang terdekat pasti akan ada.

Jangan ambil serius. Anda perlu terus berfikir positif bahawa mereka mahu lihat anda bahagia. Percayalah bahawa manusia diciptakan berpasang-pasangan

BACA:

Hanya bercinta di PUBG selama 11 bulan, sekali jumpa tak sangka teman lelaki bukan orang biasa

Shuib berdepan masalah baru pula, badan dah makin susut tapi..

Bell Ngasri tak puas hati dijadikan ikon tak puasa