Atas dasar tanggungjawab, tiada gelang pink tetap kuarantin kendiri

Atas dasar tanggungjawab, tiada gelang pink tetap kuarantin kendiri

Sememangnya self Quarantine ini sangat mencabar. Sebaik sampai di KLIA semalam, saya dapat mesej dari guru sekolah yang mencadangkan anak saya dicutikan selama 14 hari. Saya memahami kebimbangan pihak sekolah dan saya bersetuju.

Sejak sampai semalam sampai hari ini saya mengasingkan diri dari keluarga, tak bersalaman dengan anak dan isteri. Mereka makan di dapur, saya di dalam bilik. Saya mengimami solat dari dalam bilik mereka di luar. Saya tak dapat jenguk kebun dan ikan saya di balik dinding. Semua ini saya belajar dari pengalaman yang diceritakan oleh Dr Hatta Ramli sewaktu dia diminta kuarantin Mac lalu.

Ada yang tanya, kenapa nak kena quarantine dan swab sedangkan saya sampai sebelum penguatkuasaan. Bagi saya, saya balik pada 26 September, hanya beberapa jam sebelum mereka yang balik pada 27 September. Sepanjang dua minggu di KK, saya bertemu dengan ratusan atau mungkin ribuan manusia. Orang-orang yang saya temui ini adalah sama dengan orang-orang yang ditemui oleh rakan-rakan yang pulang pada 27 September.

Adakah semata-mata perbezaan 10 jam waktu penerbangan mengurangkan risiko saya berbanding yang lain? Sudah tentu tidak. Penguatkuasaan satu bab, tapi usaha kita untuk menangani wabak ini perlu di laksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Sememangnya ianya bukan suatu yang mudah tapi ianya perlu dilakukan untuk melindungi diri kita dan mereka di sekeliling kita. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk memerangi COVID 19 ini hingga berjaya.

Sumber :