Atlet jual semula telefon Samsung ‘free’ edisi Olimpik Paris dengan harga RM40,000

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seperti yang diketahui, setiap atlet yang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 menerima

sebuah telefon bimbit lipat jenama Samsung, iaitu Galaxy Flip 6 Edisi Terhad.

Telefon edisi khas ini diberikan kepada atlet Olimpik Paris 2024 untuk mempromosikan jenama tersebut di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 17,000 telefon bimbit ini telah diedarkan kepada atlet dan ia direka khas dengan warna emas, bersama logo Olimpik dan dilengkapi dengan case kulit.

Namun, menurut laporan The Vocket, beberapa atlet Olimpik telah mula menjual telefon tersebut semula melalui bidaan di platform eBay.

Atlet jual semula telefon Samsung 'free' edisi Olimpik Paris dengan harga RM40,000

Secara purata, harga bidaan telefon ini bermula dari $1,000 (RM4,457.32), dengan beberapa menjualnya pada harga tetap sebanyak $10,000 (RM44,573.21).

Terdapat juga atlet yang menjual telefon tersebut pada harga lebih murah, sekitar $6,900 (~RM31,008)

BACA: “Pisang berbuah banyak kali, bini menangis minta ampun rupa-rupanya ini kerja bini aku dan ketua jabatan”