Semua ini terbongkat selepas perbualan diantara atlet terkenal dan pelacur tersebar
wanita itu juga punyai gambar tak senonoh atlet berkenaan dan salinan kad pengenalan
Legenda bola keranjang China, Yi Jianlian, kembali menjadi bualan selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan skandal seks.
Lebih mengejutkan, bekas pemain NBA berusia 36 tahun itu didakwa bersedia membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat pelacur.
Perkara ini terbongkar selepas perbualan WeChat yang didakwa antara Jianlian dan pelacur tersebut tersebar pada 17 Oktober lalu.
Menurut wanita itu, dia juga mempunyai gambar bogel serta salinan kad pengenalan Jianlian.
Jianlian didakwa mendapatkan perkhidmatan pengiring di sebuah hotel di China.
Akibat skandal ini, Jianlian turut kehilangan kontrak iklan dengan beberapa jenama terkenal.
BACA: Bukan mangsa keadaan, penyanyi terkenal dari Kelantan positif pil kuda