Aku namakan suami aku ni Badigol. Muka Badigol ni memang nampak baik sangat, kalau korang tengok muka dia, takkan percaya dia kaki perempuan.
Sebab muka dia tak berapa nak siap tapi mulut manis. Sampai lah satu hari, abang aku sendiri nampak dia pergi ke rumah janda anak.
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Aku perkenalkan diri aku Melur.
Mempunyai dua anak yang masih kecil dan baru sahaja bercerai dengan bekas suami aku yang aku namakan Badigol.
Aku ceritakan sedikit awal perkenalan aku dengan Badigol. Sewaktu aku berkahwin dengan dia dulu, dia merupakan duda anak dua (dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya) dan aku seorang anak d4ra pada waktu tu.