Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih admin andai nukilan ku ini disiarkan.
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku moga menjadi tauladan buat pembaca. Maaf andai panjang sangat, aku jenisnya suka menulis.
Nama aku Azam (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30an. Memiliki pekerjaan yang stabil dan boleh dik4tegorikan ada rupa.
Ini kisah aku dalam pencarian jodoh aku. Ketika aku sedang giat mencari, ibu saud4ra aku recommend rakan sekerjanya pada aku.
Seorang gadis berkerjaya, anak d4ra namun agak berusia daripada aku. Aku namakannya Hana. Hana berusia lewat awal 40an, tapi dia cantik orangnya.
Bertubuh tinggi langsing persis model, kulit sawo matang, pandai bergaya. Nampak lebih muda daripada usianya. Feminin tapi tegas orangnya. Matang juga.
Pertama kali aku diperkenalkan, jujurnya aku suka melihat Hana. Nampak sopan dan pandai membawa diri. Oh ya, Hana nie cikgu ye, so ketegasan seorang guru tu memang ada dalam karekternya. Wajah Hana ni serius tapi bila dah kenal baik tutur katanya, tone suara pon lemah lembut dan sedap didengar. Senyuman Hana pon manis sekali.
Masa awal – awal ibu saud4ra aku nak kenalkan Hana, memang dia ada cakap yang Hana ni lebih berusia daripada aku, Dia ada bertanya, bolehkah aku terima? Hmm…. kalau ikutkan keinginan, aku lebih suka kepada gadis yang muda.
Tapi kerana pada ketika itu tiada calon aku iakan saja. I just let my option be opened. Aku pon tiadalah letak expectation tinggi sangat dalam mengenali Hana ni sebab aku ingatkan dia macam typical wanita berusia yang belum berkahwin.
Selalu yang aku lihat sama seperti usia mereka atau nampak lebih tua. Tidak menjaga penampilan sangat, tidaklah bergaya dan biasa – biasa saja. But Hana is different. Totally the opposite. Dari segi rupa paras, aku akui aku tertarik.
Dari segi karekter pula Hana seorang yang caring, memahami, independent dan sangat matang. Yelah, dia pon dah berusia, mestilah matang. Aku suka bersembang dengan Hana. She gets what I said. Dari topik yang simple hinggalah hal – hal dunia semua aku boleh sembang dengan dia.
Hana juga banyak bagi pendapat dan nasihat kepada aku tentang kehidupan yang mana ia banyak membantu aku dalam membuat pelbagai keputusan. Pendek kata dengan Hana senang, selesa dan smooth saja rasa bila bersama.
Pernah aku terbaca kata – kata seorang motivator terkenal di media sosiaI, having the right person as your spouse is like having a good sparring partner. Ye, Aku nampak perkara ni pada Hana. Ye segalanya baik – baik saja hinggalah..
Aku bertemu dengan seorang gadis yang aku namakan di sini Alya. Alya merupakan rakan kepada rakan sekerja aku. Aku ternampak dia semasa terserempak dengan rakan sekerja di luar. Terus mata aku asyik memandang Alya saja. Cantik sungguh orangnya.
Ya, Alya is my taste. Cantik, kulit putih melepak, bibir merah bak delima, kecil molek, muda. Alya juga manja orangnya, bercakap lemah lembut saja membuatkan hati aku cair dan rasa seperti mahu melindunginya dan menjadi hero kepadanya. Dia juga seorang bekerjaya berkerja kerajaan.
Aku tanyakan kepada rakan tentang status Alya. Single… hairan aku, masakan perempuan secantik ini masih single. Aku terus meminta nombor telefon Alya untuk berkenalan dengannya. Sepanjang berkenalan juga Alya memang berjaya menambat hati aku dengan karekter manjanya itu. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Hana.
Aku juga sudah mula jarang mesej Hana. Kebanyakan mesejnya sama ada lambat aku reply atau tidak aku endahkan langsung. Aku sudah kemaruk dengan Alya. Pernah Hana bertanya kenapa aku sudah jarang bermesej dengannya dan dia call pon aku tak angkat. Adakah dia ada buat salah?
Aku diamkan saja. Sehinggalah Hana ajak berjumpa. Aku setuju itu pun setelah dia meminta berkali – kali. Hana tanya kepada aku kenapa sekarang cold saja. Adakah aku ada masalah atau dia ada buat salah. Aku geleng. Lalu Hana tanya “Where is this Going? Perkenalan kita ni.”. Aku diam.
Entah macam mana tiba – tiba keluar daripada mulut Hana, “Awak ada kenal orang lain ke?”. Terk3jut aku di situ. Betullah, Hana ini kata hati dia kuat. Aku angguk. Hana tanya aku siapa perempuan tu. Aku hanya jawab “Adalah”. Bila Hana tanya bila aku mula berkenalan, aku jujur je bagitahu baru sahaja.
Hana mula marah. Dia persoalkan kenapa aku tak jujur saja bila dah ada orang lain Kenapa buat dia macam ni. Hana juga confess pada aku yang dia dah mula berkenan dengan aku. Aku just cakap “Maaf”. Bertubi – tubi soalan Hana ajukan pada aku. “Apa yang buat awak berubah hati bila jumpa dia?”
“She’s my taste” Aku jawab selamba. “Habis tu saya ni bukan?”. Aku diam. “Kalau bukan, kenapa nak berkenalan dengan saya dulu, kenapa tak bagi tau awal – awal tak berkenan dengan saya?”. Masa ni nada suara Hana dah mula meninggi dan tegas sedikit. Aku mula rasa terc4bar dan menyampah dengan Hana.
Terus aku cakap, “She’s younger, prettier and fairer than you. Dia manja lemah lembut bukannya serius macam awak. Saya pon nak cari yang subur.” Masa ni aku noticed air muka Hana berubah. Dia remind aku jangan ingat asal muda je subur kerana ramai kenalannya yang muda lagi tapi susah untuk mendapat anak.
Ramai juga yang berusia tapi masih dikurniakan zuriat. Kami bertik4m lidah di situ untuk seketika. Bila aku cakap begini Hana baIas begini. Akhirnya untuk aku diam kan Hana, aku keluarkan lagi kata – kata yang mengh1ris hatinya.
”Sudah – sudahlah, awak tu andartu sedarlah diri tu sikit! Jangan nak desperate sangat. Orang dah tak nak, blah jelah!!”. Masa ni suara aku dah macam pakai speaker. Hana terdiam. Matanya berkaca. Aku masih ingat kata – kata Hana ni, ”Fine, saya pergi. Tapi ingat Azam, kif4rah is real. Semoga awak bahagia dengan pilihan hati awak.” Hana pon pergi tinggalkan aku.
Aku… masih dengan keegoan aku, langsung tak tunjuk apa – apa reaction. Aku perhati je Hana ke keretanya dan berlalu pergi tinggalkan aku. Masih segar dalam ingatan aku saat ini. Dalam hati aku ada sikit rasa s4kit buat macam tu pada Hana tapi tidak aku endahkan, aku lebih nak fokus pada Alya.
Lepas peristiwa ni aku dan Alya m4kin rapat. Kami selalu keluar dating bersama. Masa berjalan sebeIah Alya tu aku rasa bangga betul sebab dapat teman yang cantik. Banyak je mata yang memandang Alya kerana terpesona dengan kecantikannya.
Tapi banyak banyak mata yang memandang tu akulah yang paling bertuah sebab dapat Alya. Itulah yang aku rasa. Apa Alya nak semua aku tunaikan. Beberapa bulan mengenali Alya kami pon bertunang. Aku pon m4kin bersungguh lah nak kumpul duit untuk kahwin dan kehidupan lepas berkahwin.
Masa ni aku memang sibuk dan penat berkerja. Yelah dah ada t4rget yang jelas sekarang. Ketika ini jugalah per4ngai Alya m4kin menjadi. Ye Alya memang manja dan sweet tapi dia kurang matang bab kehidupan. Yelah Alya kan dalam 20-an.
So dia susah nak memahami bila aku sibuk dan tak dapat angkat call atau baIas mesejnya secepat mungkin. Selalu Alya merajuk dan kadang – kadang sampai berhari – hari. Penat juga aku nak memujuk. Aku juga tak boleh kongsi banyak cerita dengan Alya.
Pernah sekali aku ceritakan kepenatan aku berkerja pada Alya, instead of understanding me she just continued talking about her day. Aku frust. Bila aku nak berbincang soal perkahwinan atau perancangan sebelum dan selepas berkahwin aku rasa macam aku bercakap sendiri. Akulah tanya, akulah jawab.
Alya hanya dengar dan jawab “hmm…” atau “yelah”. Semua ni ibarat tak penting pada Alya dan dia hanya melepaskan tanggungjawab untuk memikirkan semua ini pada aku. Saat ini aku teringatkan Hana. Luluh hati aku.
Dengan Hana, perbincangan mesti akan jadi rancak dan menarik. Mesti endingnya dapat kata – kata nasihat atau pendapat yang aku ingin dengar. Hana bijak, matang. Puas hati bersembang dengannya. Hana pon bukan jenis kuat merajuk. She’s very understanding. Tapi itu semua kenangan… kenangan yang tak dapat aku ulang lagi.
Penangan Alya m4kin menjadi bila kami pergi survey tempat untuk majlis dan baju semua. Alya nak yang glamour, dan exclusive je. Of course lah mahal. Bila aku cadangkan pakej yang moder4te sikit but still elegant and nice Alya berkeras taknak.
Aku explain pada Alya, yang ini mahal dan kena fikir kewangan selepas kahwin juga. Tak diendahkan dan mesti berakhir dengan rajukan yang berhari – hari. Duit aku juga banyak berhabis pada Alya. Dia baru mula berkerja jadi tiada simpanan sangat untuk bayar sesetengah persiapan perkahwinan.
Entahlah, aku penat sangat sekarang. Aku rindu Hana! Aku mula tertanya – tanya tentang pilihan yang aku dah buat. Aku menyesal buang Hana dulu. Betul apa Hana cakap “kif4rah is real”. Aku cuba contact Hana tapi dia dah block aku.
Baru – baru ni ibu saud4ra aku buat kenduri dan menjemput aku sekeluarga. Sampai saja di rumah ibu saud4ra aku terus aku ternampak Hana. Jantung aku berdebar semula sepertimana masa aku baru jumpa Hana dulu.
Pandangan kami bertemu, terus Hana pandang ke tempat lain. Aku faham. Sepanjang kenduri beberapa kali juga aku curi – curi pandang Hana. Terus ibu saud4raku bisik pada aku “Jangan nak pandang – pandang sangat. Awak tu d4rah manis.”
Tak lama lepas tu aku tak nampak dah Hana. Ibu saud4ra aku cakap lagi “Dah balik daaaah”. Adus, ketara sangat rupanya aku mencari Hana. Cepat Hana balik, mungkin sebab nampak aku. Ibu saud4ra aku memang bising bila tahu aku g4duh dengan Hana.
Dia tanya kenapa buat Hana begitu. Kalau tak suka tak apa tapi jangan h1na orang dengan perkataan bukan – bukan. Aku diam je. Ibu saud4ra aku pon malu dengan Hana sebab tak sangka aku akan buat begitu pada dia.
Sejujurnya… aku betul – betul menyesal lepaskan Hana dulu. Aku silap. Aku terlalu memandang sangat pada rupa paras yang cantik, kulit yang putih dan usia yang muda dalam mencari jodoh. Hana tu sebenarnya dah cantik pon tapi aku yang tak bersyukur.
Kepada lelaki di luar sana, nasihat aku janganlah terlalu memandang kepada paras rupa sangat kalau nak mencari jodoh ni. Boleh kalau nak ada taste sendiri tapi janganlah sampai terlalu cerewet sangat dalam memilih hingga kita terlepas seseorang yang sebenarnya terbaik untuk kita.
Satu lagi, jangan pandang rendah atau h1na pada golongan wanita yang berusia dan masih belum berkahwin. Mereka punya banyak sangat kelebihan dan kecantikan yang tersendiri. Kenal dulu baru tahu. Nak kahwin ni bukan hanya pada paras rupa atau usia semata.
Yang penting hati, kematangan dan keserasian. Aku dah terlepas sebentuk berlian yang jatuh ke riba aku. Sekarang yang ada hanya kaca yang mengh1ris. Tarikh kahwin aku sepatutnya Disember ni. Tapi aku dah mula rimas dan runsing dengan per4ngai Alya.
Ini belum lagi kahwin, kalau dah kahwin nanti macam mana. Aduh. Apa perlu aku buat ye. Teruskan atau jujur saja pada Alya? – Azam (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sebaris Nama : Perempuan ni bang, dia kalau independent, dia tak heran pun kau punya duit. Dia cantik lawo pun bukan sebab nak pik4t lelaki, mostly untuk built up self esteem dia. Kau jela buta hati tak nampak benda gitu.
Terasa market lerr tu. Bezalah dengan alya (base on cerita). Memang lawo tapi mengharap ko provide dia macam – macam yang melebihi kemampuan. Gitu bang. Tapi yela kan, Hana helok baik matang, mestilah jodohnya setara dengan dia. Moga yang baik – baik untuk Hana.
BACA: Wanita usia 36 tahun dikurnia 11 orang anak, anak sulung dah boleh jadi isteri orang!