Sepasang pengantin baharu telah menarik perhatian ramai selepas mereka bercerai hanya tiga minit
selepas mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Bangkapost hari ini.
Wanita tersebut memutuskan untuk bercerai selepas suaminya melontarkan perkataan ‘bodoh’ kepadanya di hadapan orang ramai.
Difahamkan, wanita itu tergelincir dan terjatuh semasa mereka berjalan menuju ke pelamin.
Disebabkan rasa sakit hati, dia segera membawa perkara tersebut ke mahkamah dan memohon kepada hakim
untuk membatalkan status perkahwinan mereka, dan permintaannya telah dipersetujui.
Kisah ini menjadi tular di media sosial dan ramai netizen merasa lega dengan keputusan yang diambil oleh wanita tersebut.
“Jika suami sudah menunjukkan sikap sedemikian dari awal, lebih baik tinggalkannya segera,” kata seorang netizen.
“Perkahwinan yang tidak didasari rasa hormat adalah sesuatu yang salah sejak dari awal,” kata netizen lain.