AWAN Selangor seru Wanita PH teruskan agenda reformasi, pertahan mandat

AWAN Selangor seru Wanita PH teruskan agenda reformasi, pertahan mandat

AWAN SELANGOR SERU WANITA PAKATAN HARAPAN KEKAL BERPRINSIP – Pertahan Mandat Rakyat Selangor

Kami Wanita Amanah (AWAN) Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Wanita Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang masih kekal berprinsip dan teguh dalam meneruskan agenda reformasi serta mempertahankan mandat rakyat Selangor.

AWAN Negeri Selangor berkeyakinan Wanita Keadilan Rakyat Negeri Selangor mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menyusun semula organisasi mereka lantaran tindakan YB Dr. Daroyah Binti Alwi, Ketua Wanita Keadilan Selangor, meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) pada Sabtu, 13 Jun 2020.

Semua saf kepimpinan AWAN Selangor komited untuk menguatkan barisan Wanita Pakatan Harapan dan menyeru kepada semua barisan kepimpinan Wanita PH untuk tidak lagi menoleh ke belakang, maju terus untuk memimpin, tumpu gerak kerja bersama dalam membawa agenda reformasi dengan pelbagai program kemakmuran untuk rakyat negeri Selangor.

Kerajaan tanpa mandat rakyat merupakan suatu pengkhianatan kepada sistem demokrasi kerajaan berparlimen di Malaysia. Ahli Dewan Negeri (ADN) yang melanggari mandat rakyat sehingga tergoyah kerajaan yang absah semasa pilihanraya adalah mereka yang tiada berprinsip dan tidak mungkin dapat memberi khidmat yang terbaik kepada pengundi mereka khususnya, dan rakyat Selangor umumnya.

Sehubungan dengan itu, AWAN Negeri Selangor juga menggesa agar satu rang undang-undang dirangka agar mereka yang meninggalkan atau melompat parti hendaklah mengembalikan mandat kepada rakyat semula untuk dipilih wakil mereka. AWAN Selangor mengutuk sebarang usaha yang menimbulkan ketidak stabilan sesebuah kerajaan yang absah. Kerajaan tanpa mandat rakyat adalah suatu pengkhianatan bukan hanya kepada sistem demokrasi tetapi kepada rakyat yang memilih parti pemerintah atas dasar manifesto dan janji perubahan bagi satu penggal sehingga pemilihan yang akan datang.

TANPA PRINSIP DAN AMANAH, GENERASI AKAN DATANG MEREPUT DALAM KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN.

RAWIYIAH ZAKARIA
Ketua
ANGKATAN WANITA AMANAH NEGARA (AWAN)
NEGERI SELANGOR

Sumber: