Awie dedah pernah buang tumor di pinggang, anggap persembahan sebagai terapi minda

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Umum tahu mereka yang menjalani pembedahan buang tumor akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

Begitu juga dengan penyanyi rock legenda, Datuk Awie yang memaklumkan dia belum pulih sepenuhnya

selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya pada tahun 2021.

Memetik Harian Metro, Awie bagaimana pun masih mampu memberikan persembahan terbaik di atas pentas kerana itu adalah terapi buat dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, keadaan saya sekarang okey, Alhamdulillah. Nak kata pulih sepenuhnya tidak. Tapi nak lakukan konsert selama dua tiga jam itu masih mampu melakukannya.

Awie dedah pernah buang tumor di pinggang, anggap persembahan sebagai terapi minda

“Bukan apa, pada saya melakukan konsert dan berada di atas pentas merupakan terapi buat minda saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Bakal membuat konsert pada 3 Ogos akan datang, Awie memaklumkan dia masih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian.

“Saya perlu lebih berhati-hati selepas menjalani pembedahan, badan saya pun tidak seperti dahulu. Badan sudah ditebuk bahagian sini dan situ, jadi tak sama lagi.

“Doktor tidak memberikan saranan untuk melakukan senaman berat jadi saya cuba lakukan secara bersederhana untuk kekalkan kecergasan badan saya.

“Saya pernah janji pada diri sendiri untuk menjaga kesihatan kerana saya ada isteri dan anak-anak. Saya tidak mahu susahkan isteri. Mereka adalah sumber kekuatan saya,” katanya.

Baca juga: Anda ‘introvert’? Malu berdepan orang ramai Kerajaan beri elaun RM2300 untuk keluar lepak!