Ayah dari watak ganas bertukar kacak tapi anak-anak pula menangis tak cam muka ayahnya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang ayah bertindak memotong rambut yang dibela hampir lima tahun tapi malangnya dua orang anaknya sendiri tidak cam muka ayahnya.

Mana-mana anak kecil pastinya tidak selesa dan mula menangis bila mana berada bersama orang yang asing, yang jarang bersama mereka.

Penampilan seorang bapa yang tiba-tiba mengubah penampilan pada wajah dan memotong rambut panjangnya buat anak-anak mula menangis kerana tidak mengenali bapanya.

Dua beradik ini pada mulanya curiga dan tidak mengenali wajah dan penampilan baru ayah mereka mula rasa tidak selesa dan terus menangis menarik perhatian ramai.

Seorang pengguna Tik Tok, @pojie_husny yang juga bapa kepada dua beranak ini turut memuat naik videonya ketika proses memotong rambut.

Ayah dari watak ganas bertukar kacak tapi anak-anak pula menangis tak cam muka ayahnya

“Lima tahun tak pernah potong rambut.

“Anak-anak dah tak kenal ayah sendiri…haha jem,” tulisnya berkongsi.

Apa yang menarik perhatian, dua beradik itu juga rupanya turut di bawa ke kedai gunting rambut supaya melihat sendiri perbezaan ayah mereka namun berubah muka keduanya sebaik rambut ayah mereka dipotong pendek.

“Masalahnya dah bawak, lepas gunting depan dia terus muka lain. Cari ayah dia, jeng terus,” katanya lagi.

Apa yang menarik perhatian bukan hanya aksi comel dua beradik ini bahkan juga wajah bapa yang kelihatan amat berbeza turut mendapat perhatian ramai.

Dari watak ganas dengan rambut yang panjang bertukar menjadi kacak. Begitu kongsi wargamaya.

Baca juga: “Suami ubah aku, suami tak nak tengok aku jadi macam budak kampung, suami nak aku menunjuk kaya depan orang”