‘Ayah halau mak siap cakap anak-anak boleh pilih ikut mak atau ayah, terus kami semua kemas baju dan keluar ikut mak’

Oleh ISMAIL YAHYA

Hi semua, semalam aku ada terbaca confession seorang anak tentang mak ayah yang selalu berg4duh

sampai menyebabkan anak – anak tertekan. Hari ni ada masa sikit jadi bolehlah nak mengarang.

Aku dah lama tak mengarang jadi maaf terlebih dahulu kalau Bahasa yang digunakan agak tak formal.

Di sini aku nak cerita side aku sebagai anak dari ibu bapa yang berpisah dan kesannya pada aku dan adik – adik.

Aku juga datang dari br0ken family. Mak ayah aku berpisah masa aku di sekolah menengah.

'Ayah halau mak siap cakap anak-anak boleh pilih ikut mak atau ayah, terus kami semua kemas baju dan keluar ikut mak'

Masa tu adik – adik aku pun masih bersekolah dan ada seorang adik bongsu berumur 3 tahun.

Hanya abang aku seorang yang dah bekerja tapi kerja kilang biasa saja. Sejujurnya sebagai seorang anak, aku rasa lega dan bersyukur dengan perpisahan (cerai) tersebut.

Semasa kami dihalau dari rumah oleh ayah sendiri, aku langsung tak ada rasa takut atau sedih sebaliknya terasa seperti satu bebanan besar atas bahu aku ni terus jadi ringan.

Terasa macam lapang d4da kerana tak perlu menghadap ayah aku lagi. Sedikit intro, ayah aku seorang yang panas baran dan garang dengan anak – anak. Kesalahan yang kecil pun akan diperbesarkan dan akan diakhiri dengan amvkan dan pukuIan.

Ayah aku ni kalau datang barannya, dia akan meng4muk dan habis semua barang dalam rumah akan dilempar dan dirosakkan. Barang tu pulak bukan barang kecil tapi yang mahal macam tv, kipas, oven semua tu.

Sampaikan dekat kipas angin kami ada kesan tet4k sebab pernah sekali tu dia meng4muk, dia pegang p4rang dan tet4k kipas tu.

Bagi dia, meng4muk tu macam satu kepuasan dan nak menunjukkan yang dia berkuasa. Bahkan satu kampung dah tahu per4ngai dia yang suka meng4muk. Kami anak – anak selalu jadi m4ngsa pukuIan dia.

Biasa lah budak kecil kadang – kadang nakal, kadang – kadang keluar bermain sampai petang atau bergurau kasar sesama kami sampai ada yang menangis.

Tapi bila dia nampak semua ni, habis lah kami akan kena dan kadang dihalau keluar rumah. Sampaikan kami anak – anak ni selalu akan duduk diam saja di dalam bilik jika ayah aku ada di rumah.

Bila dia keluar bekerja atau ke mana – mana baru lah rumah tu riuh semula dengan suara kami.

Ayah aku tak pernah pukuI mak aku cuma sering diherdik dan dim4ki dengan perkataan yang memang tak enak didengar. Bab nafkah tu tak usah nak cerita sebab akan buat confession ni terlalu panjang.

Cukup pembaca tahu, dia culas bab nafkah, mak aku yang bersusah payah kerja untuk keperluan kami, dan selepas abang aku mula bekerja, boleh kata banyak perbelanjaan kami di rumah ditanggung oleh abang aku.

Namun ada kejadian di mana permulaan kepada terjadinya perpisahan ini. Ayah aku m4kin kerap meng4muk dan kali ni dah pandai naik tangan dekat mak aku. Ada beberapa kali dia buat mak aku di depan adik aku yang bongsu.

Sampailah satu hari di mana mak dan ayah aku berg4duh teruk kerana akhirnya mak aku meIawan cakap ayah aku. Yalah kalau dah kerap sangat jadi pvnching bag, mestilah akan meIawankan. Adik bongsu aku saksi kejadian itu yang membuatkan dia betul – betul bencikan ayah aku.

Kesian aku tengok dia harus menghadap semua ni dalam umur yang masik kecil. Lepas perg4duhan itu, ayah aku telah menghalau mak aku keluar dari rumah tersebut. Dia siap cakap, anak – anak boleh pilih nak keluar ikut mak atau stay di rumah dengan ayah.

Tanpa fikir panjang, kami semua cakap nak ikut mak aku. Terus kami kemas semua baju dan keluar dari rumah tu. Tanpa ada apa – apa perancangan namun kami dah tekad nak keluar. Aku pujuk mak aku untuk keluar dulu dan fikirkan perkara lain kemudian.

Nasib kami baik sebab nenek aku (beIah mak) tinggal berdekatan jadi kami boleh tumpang di rumah nenek dulu. Dengan mak aku yang tak ada pendapatan tetap, aku dan adik – adik masih bersekolah jadi hanya harapkan abang aku saja.

Lepas sebulan menumpang di rumah nenek, kami dapat sewa satu rumah kecil yang hanya ada 1 bilik. Tapi alhamdulillah semua tak mengeluh bahkan semua gembira kerana sekurang – kurangnya kami tak perlu lagi hidup dalam ketakutan setiap hari kerana perlu menghadap amvkan ayah.

Kami cuba sedaya upaya bagi full support pada mak. Mak mula berniaga membuat kuih dan hantar ke kedai – kedai. Aku pun dah mula bekerja part time jadi ada duit untuk beli barang keperluan dalam rumah tu. Kami mulakan hidup dari bawah sedikit demi sedikit.

Terasa seperti melalui satu proses yang baru tapi apapun, kami lebih gembira sekarang. Sepanjang proses perceraian tu memang ayah aku ada mengganggu kami sehingga berlaku juga perg4duhan beberapa kali tapi kami hanya ignore dia.

Apa yang kami adik beradik fokuskan adalah untuk bantu mak dan gembirakan mak balik. Dan selepas perpisahan itu sehinggalah sekarang, kami sangat gembira. Alhamdulillah kami dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Adik – adik aku pun dah bekerja kecuali adik bongsu yang masih bersekolah. Jadi sekarang kami memang menjaga mak dengan sebaik mungkin, bawa mak berjalan – jalan dan belikan barang yang mak teringin. Sebenarnya kisah ni panjang tapi aku skip banyak part sebab tak nak confession ni jadi terlalu panjang.

Apa yang aku nak sampaikan adalah it is okay for parents untuk berpisah. Kebanyakan ibu atau ayah (mostly ibu) akan takut untuk berpisah dan sering menggunakan anak – anak sebagai alasan. Namun tahukan ibu, kadang – kadang anak juga mahukan perpisahan agar mereka juga tak perlu hidup dalam keadaan keluarga yang sebegitu.

Tahu tak kalau ibu tak bahagia, anak – anak pun tak akan boleh bahagia. Sebagus mana pun ibu sorokkan perasan tu, anak – anak tetap akan perasan. Tambahan jika anak – anak menjadi saksi melihat ibu yang tidak bahagia, sering sedih dan menangis.

H4ncur luluh hati kami melihat ibu yang kami sayang dim4ki dan dih1na. Kami anak – anak pun inginkan ibu kami gembira dan boleh melakukan apa yang mereka mahu tanpa ada kekangan dari sesiapa pun. Kadangkala anak – anak tidak pandai berkomunikasi, terutamanya anak – anak yang masih kecil.

Namun percayalah lambat laun anak – anak tetap akan faham kenapa ibu ambil keputusan yang sebegitu. Perceraian bukan bermaksud memisahkan anak dengan ayah, jika ayah sudi melawat dan menjaga, itu adalah lebih baik untuk perkembangan anak – anak.

Namun jika tidak, kasih sayang dan sokongan dari ibu saja pun sudah cukup untuk anak membesar dengan baik. Kepada yang bersifat konservatif, saya minta maaf jika anda rasa confession ini menggalakkan perceraian. Cuma saya sebagai anak yang pernah melalui situasi ini, ini adalah cebisan rasa saya yang saya pasti anak – anak lain yang melalui fasa ini juga inginkan.

Dan percayalah, salah satu punca anak – anak sekarang mengalami tekanan adalah daripada masalah rumah tangga ibu bapa mereka. Kepada semua ibu yang masih berbelah bagi, percayalah yang kami anak – anak akan sentiasa menyokong ibu dan kami faham dalam semua keputusan yang ibu buat, semestinya kebaikan untuk kami anak – anak ini tetap ibu utamakan. Semoga ibu – ibu kuat untuk menghadapi ujian ini. Sekian… – Me (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Heloisa TwiSt : My ex macam ni, baran tak kena tempat. Ya laki baran ni kebanyakan suka baling barang. Anak umur 6 tahun pon dia boleh Iempang macam tu je ye. Bila anak – anak m4kin membesar dan diorang m4kin tau mana elok mana tak.

Sekarang ni anak – anak kalau tak dengar cakap je i akan tanya nak duduk ngan bapa dorang ke, kalau nak ibu hantar. Dua – dua geleng tak nak sambil cakap sorry ibu. Bukan nak ajar anak – anak benci ayah dorang tapi dorang pon tahu dan faham apa yang ayah dorang buat tu salah.

Dan percayalah kata saya, ibu yang bahagia jiwa, raga dan mental akan membahagiakan anak – anaknya. Kepada isteri – isteri, ibu – ibu yang struggling. Be strong dan keluarlah dari perkahwinan yang t0xic demi anak – anak.

Ann Fardan : Banyak kajian telah membuktikan bahawa anak bukan alasan perkahwinan itu boleh bahagia. Jika pasangan zaIim dan ibu hidup dalam derita ia memberi kesan besar kepada pembentukan jiwa anak – anak.

Sebab tu jangan bangga pert4hankan perkahwinan yang t0ksik kemudian akhirnya melahirkan anak – anak yang rosak akhlak. ZaIim pada pasangan dengan segala masalah mentaI kerana anak mengikut tauladan yang dilihat.

Maka demi masa depan anak, tinggalkanlah pasangan yang secara tak langsung sedang menjah4namkan keperibadian anak – anak anda. Cerai tak salah tapi zaIimi jiwa anak – anak dalam perkahwinan yang silap adalah berd0sa. Happy mom excellent kids!

BACA: ‘Counter setting’ KLIA RM200-RM25000, pengarah syarikat warga Bangladesh ditahan SPRM