Hubungan antara anak perempuan dan juga ayah adalah sangat istimewa ini kerana ayah adalah lelaki pertama yang dicintai dan disayangi.
Ayah juga berada di tempat sangat istimewa di hati semua anak perempuan kerana menjadi pelindung dikala kesusahan dan kegusaran.
Wanita ini berkongsi kisah ayahnya yang sering menemani ke sekolah namun ditolak kerana mahu berdikari namun semua itu berubah selepas ayahnya meninggal dunia ketika tidur.
Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Kisah yang aku nak kongsikan tentang orang yang paling aku sayang
Dan mungkin bole bagi sedikit sebanyak pengajaran buat korang supaya tak ulangi apa yang dah aku buat.
Ayah aku meninggal 9 tahun leas semasa aku tingkatan 5. Entah kenapa hari ni aku teringat banyak kenangan aku dengan arw4h ayah. Aku anak bongsu dan aku adalah satu – satunya anak perempuan.
Aku hanya dua beradik iaitu seorang lelaki (abang aku) dan seorang perempuan (aku).Beza aku dan abang aku tak jauh, 2 tahun sahaja. Ibu bapa aku kahwin agak lewat. Masa tu umur mereka hampir 40 tahun.
Dari kecil aku dan abang aku ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi perhatian sebenarnya lebih banyak ayah aku berikan kepada aku kerana aku anak perempuan dan bongsu.Oleh itu dia sangat overprOtective terhadap aku.
Dia tidak pernah mengizinkan aku berdikari. Sedangkan sekolah yang jarak 50 meter sahaja dari rumah aku, aku tidak dibenarkan untuk pergi sekolah sendiri atau dengan kawan – kawan.Ayah mesti nak hantar aku.
Balik pun begitu. Ayah akan ambil aku dari sekolah juga. Ayah aku kerja sendiri, jadi masa dia agak fleksibel. Aku ingat lagi masa tu. Pernah satu hari aku memberOntak. Aku tengking ayah aku.
Aku cakap dengan ayah aku yang aku malu pergi sekolah berhantar dan balik sekolah berambil. Aku nak berdikari macam kawan – kawan yang lain. Ayah aku hanya mendiamkan diri. Dia sedikit pun tidak memarahi aku.
Dia hanya mengangguk. Esoknya aku pun gembira la sebab dapat green light untuk pergi sekolah sendiri dengan kawan – kawan. Ali – alih masa ktorang nak sampai sekolah, kawan aku tegur aku bagitau ayah aku ada kat belakang dengan motor dia.
Aku pun tole la pastu nampak ayah aku. Rupa – rupanya ayah aku follow aku senyap – senyap dari belakang. Balik sekolah hari tu aku apa lagi. MemberOntak lagi la aku. Aku tengking ayah aku sebab follow aku.
Pada masa tu aku rasa ayah tak percayakan aku.Tu sebab dia follow aku. Dan lagi sekali ayah aku hanya mendiamkan diri tana berkata apa – apa. Esok dan esoknya aku terus pergi sekolah dengan kawan – kawan aku. Dan ayah masih follow aku. Dia tak hiraukan walaupun aku cakap jangan follow.
Hubungan aku dengan ayah aku jadi dingin. Ayah tanya aku sepatah, aku jawab sepatah. Aku malas nak ada prOper cOnversation dengan ayah aku. Masa tingkatan 5. Ayah aku meninggal secara tiba – tiba dalam tidur.
Walaupun aku ni selalu berg4duh dengan ayah aku, aku sayangkan ayah sebab dia la nadi dalam keluarga aku. Masa ayah aku tak ada, baru aku sedar betapa pentingnya ada ayah.
Selepas ayah aku meninggal, aku dilanggar kereta sewaktu melintas jalan ke sekolah.Masa aku jatuh tu, aku tole belakang. Sebab selama ini aku tahu ayah aku akan sentiasa ada di belakang aku untuk ke sekolah.
Tapi sayang, masa tu aku teringat kembali yang ayah aku sudah tiada. Menangis aku waktu itu bukan kerana luka kemalangan tapi kerana sedar ayah aku tiada ketika aku sangat memerlukannya.
Hidup aku sekeluarga terumbang ambing selepas kem4tian ayahku. Kami dihalau dari rumah oleh adik beradik ayah aku sebab tanah yang kami duduk adalah milik arw4h nenek aku (emak ayah aku).
Katanya keluarga aku tak ada hak nak duduk atas tanah tu sebab ayah aku sudah meninggal.Ibu aku pula hanya la surirumah. Dia tidak tahu nak memandu pun. Naik basikal pun ibu aku tak tahu.
Ni lebih menyukarkan hidup aku dan ibu aku sebab pergerakan kami terbatas. Abang aku masa tu tinggal di asrama universiti.Hanya aku dan ibu aku terp4ksa hadap d3rita hidup tapa ayah aku.
Nasib baik aku ada lesen moto sebelum ayah aku meninggal. Jadi dapat la aku bawak ibu aku pergi beli barang dapur. Melihat kereta ayah aku hanya terletak sahaja di garaj, adik beradik ayah aku tuntut supaya diberikan kereta tu kepada mereka.
Aku enggan sebab bagi aku, aku mahu gunakan kereta tu selepas aku lulus ujian memandu. Akhirnya hubungan aku dan bapa – bapa sed4ra aku jadi keruh. Mereka seperti tidak hirau lagi kewujudan kami.
Selepas beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk matrikulasi di Perdi.Tiba – tiba aku teringat. Alangkah bags kalau ayah ada. Aku kembali sesal dengan sikap aku dahulu.
Dulu nak sangat berdikari. Sekarang jadi kenyataan.
Dan akhirnya aku mendaftar mask matrikulasi seorang diri. Datang naik bas seorang diri.
Cemburu melihat pelajar – pelajar lain yang datang mendaftar dengan keluarga masing – masing.
Bergitu juga bila tamat belajar di matrikulasi. Aku balik dan angkut barang – barang seorang dir naik bas. Dan sekali lagi aku terfikir.Kan bagus kalau ayah ada. Sem4kin dewasa aku menjadi m4tang.
Aku sedar apa yang ayah aku buat selama ini, ikut aku pergi sekolah sema tu kerana dia risaukan keselamatan aku bukannya kerana dia tidak percayakan aku.Aku sangat menyesal dengan sikap aku semasa ayah aku ada.
Aku tidak menghorm 4ti ayah aku dan aku nak ayah aku dengar cakap aku. Bila ayah aku meninggal, sangat terkesannya hidup aku. Justeru, aku nak menyeru remaja – remaja kini supaya menghargai ibu bapa anda.Masa remaja kita hanya fikir nak seronok, semua benda nak buat sendiri.
Tolong la jangan jadi macam akak. Walaupun sekarang akak dah 26 tahun, tiada sehari pun yang akak dapat lupakan sikap kurang ajar akak dengan ayah akak semasa remaja dulu. Tolong doakan ayah akak ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah. – Suria
Baca juga: Thailand haram nikah bawah umur 17 tahun selepas insiden melibatkan lelaki dari Malaysia