“Ayah suka komen bukan-bukan kat page orang pakai tak senonoh, kes aku ni, ayah yang conteng arang dimuka anak”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Hai semua. Nama aku Princess. Of course lah bukan nama sebenar. Aku dah kahwin dan dah ada anak.

Mak ayah aku pesara kerajaan. Dua – dua berumur 70-an dan Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yang kr0nik.

Apa yang aku nak cerita kat sini luahan hati aku yang aku pendam daripada aku sekolah lagi pasal ayah aku

Ayah aku orang ternama dekat kawasan aku, mungkin sebab dia kerja gov yang berjawatan tinggi dekat kawasan kampung aku tu.

Pergi mana – mana orang kenal dia. Jadi dia disanjungi dan disebut – sebut.

"Ayah suka komen bukan-bukan kat page orang pakai tak senonoh, kes aku ni, ayah yang conteng arang dimuka anak"

Long story short, dulu masa aku sekolah ayah aku belikan telefon baru untuk kegunaan dia. Aku masa tu tumpang excited laaa godek – godek phone ayah aku nak tengok apa yang features yang ada. Lebih pada nak main game je sebenarnya.

Sampai lah satu hari tu, aku godek – godek phone tu aku terbaca satu notifikasi SMS (masa tu takda whatsApp lagi), tertulis “Abang syg Zur”. Aku dah mula syak wasangka dengan ayah aku, tapi aku diamkan lagi sebab masa tu umur aku baru 12 – 13 tahun. Takda lah aku tanya apa – apa sebab ayah aku ni boleh tahan pemarahnya.

Lama kelamaan, aku perhati sikap ayah aku ni m4kin pelik dan takda rasa malu. Depan aku selamber jer sebut benda benda tak senonoh, mencarut bila dia ada marah dengan orang yang dia tak suka bila bersembang dengan mak aku.

Mak aku ustazah dekat sekolah rendah. Baik, lembut hati, penyabar yang teramat sangat. Kitorang adik beradik banyak duduk rumah je dengan mak sebab ayah aku banyak keluar join aktiviti polit4ik dia masa tu. Mak aku pesan, jangan biasakan sangat sebut benda tak elok.

Jadi kami adik beradik takkan pernah sebut perkataan yang buruk macamtu, tapi berbeza pulak dengan ayah aku. Bila ayah aku dah pencen, masa dia lagi banyaklah terluang di rumah. Tambah – tambah lagi masa tu FB baru je jadi fenomena.

Dan dia pun bukak lah akaun FB dia. Katanya nak keep-in-touch dengan kawan – kawan lama. Aku OK jela. Sampailah satu masa tu, aku scroll – scroll FB ayah aku, suka komen bukan – bukan dekat page orang yang pakai s3ksi. Sampaikan malu kami adik beradik bila baca.

Dah la kami semua “friends” dengan FB dia. Sed4ra mara pon ada FB ayah aku. Jadi aku rasa malu kalau diorang pun nampak jugak apa yang ayah aku taip dekat page page macamtu. Aku masa tu, aku bertindak pantas, aku deactivate FB ayah aku. Tapi tak lama lepas tu, dia dah pandai create acc FB baru.

Kakak aku ada pernah tegur, tak payah lah nak komen bukan – bukan dekat page tu, orang baca malu. Tapi ayah aku buat b0doh jer. Oh ya, dalam laptop pun ayah aku dah pandai download video bukan bukan. Astaghfirullah. Maluu sangat aku rasa. Tapi still, ayah aku takda rasa bersalah dekat anak – anak dia.

Kemuncak – kemarahan kami adik beradik, adalah masa lepas raya haritu. Ayah aku ada mintak abang aku tolong transfer RM500 dekat satu penama akaun ni nama perempuan. Katanya nak tolong sebab eksiden. Okay lagi lah masa tu, tapi m4kin hari m4kin kerap pulak transfer duit dekat nama perempuan tu.

Sampaikan, duit belanja dapur dekat rumah aku pon disekat – sekat macam berkira – kira. Mak aku banyak kali yaa kena m4ki dengan ayah aku. Kadang – kadang tu depan menantu pun tengking mak aku. Mak aku masih lagi diam, sebab tanda hormat sebagai seorang isteri. Ya Allah, sabarnya mak aku dengan per4ngai ayah aku.

Kemudian, baru lahh kakak aku bukak cerita… masa dia berpantang dekat rumah aku haritu, ada perasan ayah aku ni bergayut telefon dalam bilik, dalam kereta dan dengar suara perempuan. Dah lah dia bergayut telefon masa mak aku keluar mengaji pergi surau.

Kakak aku syak perempuan yang mintak ayah aku duit tu lah. Siap ber-abang abang lagi. Tau pon kantoi dalam iMessage. Lepas satu – satu per4ngai lama ayah aku terserlah. M4kin tua, m4kin menjadi orang kata. Ayah aku kenal perempuan tu daripada tikt0k. Dekat tikt0k pun bukan main lagi komen berlove – love bagai.

Aku tak pasti sama ada mak aku dah tau ke belum pasal ni. Mungkin mak aku dah tau tapi taktau nak cerita macam mana dengan kami semua. Kami adik beradik siap decide dalam group ws adik beradik kami untuk confront dengan ayah ni.

Tapi tak tahulah macam mana sebab ayah aku ni dia cukup pandai berlakon, berpura – pura, berdalih. Kuat drama orang kata. Kitorang semua sayang ayah. Takda anak yang tak sayang ayah sendiri. Tapi bila jadi macamni, buat kan kami ni dah hilang hormat dekat ayah aku. Malu. Maruah kami anak – anak terasa dipalit – palit dengan arang.

Macam terbalik pulak kan. Biasa dengar, anak yang conteng arang dekat muka mak bapak. Tapi kes ayah aku ni, ayah aku pulak yang conteng arang dekat muka anak – anak. Kakak dan abang aku semua kerja bagus bagus.

Sorang tu ustaz, yang lain – lain semua berpangkat dan berjawatan dalam sektor gov dan swasta. Bila tengok per4ngai ayah macamni, terasa malu sangat bila memikirkan macamana nanti kalau kalau ada yang tau itu ayah kitorang.

Kitorang sekarang ni just nak ayah mengaku jer salah dia dan mintak maaf dengan kami dan mak atas apa yang dah dia buat, tapi tak tahulah macam mana. Thank you admin kalau dah siarkan confession aku ni. Maaf bukan nak memburukkan dan buka aib ayah aku. Cuma nak luah apa yang terbuku di hati. Sebab terasa s4kit dan malu sangat dengan apa yang ayah aku buat. – Princess (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Dk Farooq : Orang pencen sekarang kuat layan tikt0k. Ayah aku pon boleh tahan layan tikt0k tapi aku tak pernah tau pulak nama akaun tikt0k dia. Bab aku tak layan tikt0k dok main fb je. Itu pon fb aku khas untuk aku masa boring je.. satu prenn pon takde.

Ini macam kena suruh wife aku pantau ni tikt0k dia. Dibuatnya dok layan pempuan kena scem naya pak abu. Kita pulak adik beradik jenis bagi duit tak berkira… main ikut sedap bagi je. Bab kita tau dia suka belanja makan kawan – kawan.. tq sis kongsi cerita.

Layla Witra : Kalau betul sayangkan ayah awak usahakan agar dia dapat gi belajar kat mana – mana pondok.. Belajar kitab – kitab tentang perjalanan padang Masyar. Bapa saya sekarang pun dah banyak berubah sejak lepak kat pondok.

Ubah persekitaran yang banyak laghro. Sayangnya umur 70an tapi masih dibelenggu hawa nafsu. Sepatutnya umur demikian perbanyakkan taubat dan doakan zuriat keturunan masing – masing.

Kalau dia enggan dan degil awak hadiahkan jer set kain kafan dan replika kubvr dan Rajin – rajinkan baca Talkin kat telinga dia kot – kot dapat insafkan dia akan berapa hampirnya dia dengan kem4tian yang bakal menjadi pemutus segala hawa nafsu jeliknya… Semoga berjaya.

BACA: “Bila isteri kantoi curang, aku tak teruskan ceraikan dia, walhal mana-mana lelaki pun tak boleh terima isteri curang tapi aku puncanya”