Ayam goreng meletup depan muka, bunyi macam tayar meletup

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang lelaki di Brazil melecur selepas hidangan kroket berinti ayam goreng yang dimakannya tiba-tiba meletup, lapor portal berita Mail Online semalam.

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Curitiba, selatan Brazil, dan dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman menunjukkan suasana santai bertukar cemas apabila kroket yang sedang dinikmati mangsa meletup, menyebabkan inti panas terpercik ke wajahnya.

Kejadian itu turut mengeluarkan haba panas yang menyebar ke ruang udara sekitarnya.

Pemilik Restoran Terkejut

Ayam goreng meletup depan muka, bunyi macam tayar meletup

Pemilik restoran, Christian de Souza Amaral, menyatakan kekagetannya terhadap insiden itu.

“Letupan tersebut sangat kuat, seperti bunyi tayar pecah. Saya terkejut melihat inti makanan itu melekat di wajah pelanggan,” katanya.

Amaral menjelaskan bahawa makanan tersebut telah dikeluarkan dari mesin penggoreng kira-kira lima minit sebelum dihidangkan.

Mangsa Mendapat Rawatan Segera

Mangsa diberi pertolongan cemas di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar mengapa kroket itu meletup masih belum diketahui, tambah Amaral.

BACA: Ini 5 rumah paling mahal di Malaysia cecah belasan juta ringgit, no.1 & no.3 pernah didiami PM