Azalina dedah kenapa sekarang UMNO sokong DAP yang buat ramai rakyat tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Azalina dedah kenapa sekarang UMNO sokong DAP yang buat ramai rakyat tak tahu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman, menegaskan bahawa niat sebenar (BERSATU) ialah untuk melemahkan UMNO dan menawan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi)

Azalina dedah kenapa sekarang UMNO sokong DAP yang buat ramai rakyat tak tahu

Beliau turut beranggapan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ibarat seperti ‘meludah ke langit’.

“Kalau kita turun ke bawah dan mereka kata bahawa kita menyokong DAP, jawapan ialah kita perlu memberikan sokongan kepada rakan-rakan Kerajaan Perpaduan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sahaja.

“Sebenarnya, mereka (PN) daripada mula telah berniat untuk bergerak bersama DAP selepas dipecat. Apabila mereka bergabung dan dipimpin Tun Mahathir, mereka juga memberi tawaran dan menarik beberapa kepimpinan dalam UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian seperti dilaporkan oleh UMNO Online, ketika menyampaikan ceramah sempena Pemukiman Penerangan UMNO Malaysia di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).

Azalina mendakwa, Sheraton Move berlaku apabila Muhyiddin tidak mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Muhyiddin guna alasan tidak mahu Anwar jadi Perdana Menteri, maka berlaku Sheraton Move. Perlembagaan kita pada ketika itu tidak menghalang perbuatan melompat parti dan ia sah.

“Bezanya ialah bila tawaran-tawaran diberikan. Sekiranya diberi pada pertengahan jalan, sudah semestinya mereka mahu merampas takhta kerajaan.

“Bukanlah begitu mudah kerana dalam masa yang sama kita telah meterai perjanjian bersama PAS membentuk Muafakat Nasional (MN),” katanya lagi.

Mengulas lanjut beliau turut berkata, BERSATU seharusnya mengambil keseluruhan blok parti, sekiranya ingin bersama dengan UMNO.

“Sepatutnya hubungan kita jadi keutamaan blok. Kalau BERSATU mahukan kita, mereka kena ambil secara menyeluruh, tetapi tidak, mereka ambil satu-persatu pemimpin kita.

“Berapa banyak bantuan telah diberikan oleh parti kemudian ia diragut. BERSATU sebenarnya derhaka kepada UMNO. Kalau mereka mahukan kita, mereka kena ambil semuanya,” katanya lagi.

Azalina berkata lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyertai pembentukan Kerajaan Perpaduan sebagai satu kumpulan dan kerusi yang dimenangi adalah hak parti.

“Hari ini kita bergerak sebagai satu kumpulan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Kita bukan bertanding atas diri sendiri tetapi atas tiket parti.

“Niat mereka daripada mula sememangnya mahu melemahkan UMNO dan menawan kerajaan,” katanya lagi.

Semalam, media melaporkan bahawa Muhyiddin menyifatkan gesaan supaya ahli UMNO menyokong calon DAP pada PRN akan datang sebagai sesuatu perkara yang luar biasa.

Beliau berkata, gesaan itu turut disifatkan sangat janggal kerana bertentangan dengan prinsip perjuangan UMNO.

BACA: 

Risau cikgu kena fitnah, murid darjah 3 suruh cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk undang dekah netizen

Penduduk di Indonesia terkejut penemuan tembok besar di Pulau Papua, rupanya ada kaitan dengan Yajuj Majuj?