Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Muhyiddin yang memulakan projek itu pada 2011
semasa menjadi menteri pendidikan, akan dipanggil sama seperti orang lain terbabit dalam projek berkenaan.
“Tetapi sekarang masanya belum tiba, berdasarkan maklumat daripada penyiasat kami.
Ada banyak lagi aspek yang perlu kita terokai, katanya dalam sidang media.
Bulan lalu, SPRM menyerbu pejabat YTL Communications Kuala Lumpur dan sebuah pejabat kerajaan
dalam sebahagian siasatan terhadap tuntutan pembayaran berhubung tender perkhidmatan 1BestariNet.
Difahamkan, siasatan memfokuskan dakwaan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion serta unsur jenayah lain di bawah Akta SPRM 2009.
BACA: ‘Sambutlah cintaku wahai kambing’ Netizen hilang fokus Fattah Amin buat live jual daging kambing